Filem LGBT: Yadim buat aduan SKMM

Filem LGBT: Yadim buat aduan SKMM

CYBERJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung sebuah filem berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipercayai bakal ditayangkan kepada tontonan umum.

Yadim memaklumkan, aduan tersebut susulan klip filem tempatan berjudul Stay Away From Me yang menampilkan beberapa pelakon lelaki muda tular dalam media sosial baru-baru ini dipercayai untuk menarik minat ramai.

“Berikutan itu, aduan tersebut disampaikan kepada Unit Aduan Pengguna SKMM oleh pegawai Yadim,” demikian kenyataan ringkas tersebut menerusi Facebook rasmi Yadim hari ini.

Dalam masa sama, Yadim turut mengenal pasti aplikasi yang mempunyai unsur yang sama iaitu Blued:Gay Live Chat and Dating di dalam senarai App Store atau Google Play Store.

Terdahulu, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan dipetik sebagai berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada SKMM mengenai sebuah siri filem dalam bentuk kandungan digital yang dikatakan berunsur LGBT.

Beliau turut menggesa SKMM untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan digital atau cetak yang berunsurkan LGBT.

Media turut melaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah merujuk isu babak romantik dua lelaki dalam sebuah siri drama tempatan kepada SKMM dan tindakan itu dibuat susulan arahan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad. Utusan

Filem LGBT: Yadim buat aduan SKMM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker