Homestay ranap akibat tanah runtuh di Kundasang

Homestay ranap akibat tanah runtuh di Kundasang

Keadaan homestay yang ranap akibat kejadian tanah runtuh di Kundasang. – Foto ihsan bombaRANAU: Sebuah homestay di Kundasang, di sini, ranap akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat, hari ini.

Kejadian berlaku jam 5.30 petang bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa berikutan tiada penghuni ketika kejadian berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.32 petang.

Katanya, sepasukan tiga anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Homestay ranap akibat tanah runtuh di Kundasang
Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian di Kundasang. – Foto ihsan bomba
Homestay ranap akibat tanah runtuh di Kundasang
Keadaan homestay yang ranap akibat kejadian tanah runtuh di Kundasang. – Foto ihsan bomba

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan pasukan bomba mengambil tindakan memantau keadaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


 

“Pasukan bomba turut menasihatkan penduduk di sekitar untuk berpindah ke tempat selamat,” katanya.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ranau turut berada di lokasi kejadian.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker