Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
Sebuah kilang di Kedah disita kerana disyaki menyorokkan beras putih tempatan (BPT) seberat 180 tan metrik dalam serbuan oleh pasukan petugas khas, semalam.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Fong Hin berkata dalam serbuan itu beras bergred Super Spesial Tempatan 5% (SST5) itu ditemui dalam kampit jumbo disorok dalam gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen.
“Pasukan petugas khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang tersebut dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996, jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau digantung lesen.
Chan turut memberi amaran keras kepada pengilang supaya mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan ketika rakyat berdepan masalah kekurangan BPT.
“Jangan mengambil kesempatan kerana ini masanya kita berganding bahu untuk menjamin bekalan makanan berpatutan untuk rakyat.
“Bukannya menekan pengguna atau pesawah demi mengaut keuntungan yang lebih,” katanya. FMT
Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.