Mee segera perisa daging babi hadiah derma darah
Mee segera perisa daging babi hadiah derma darah
BATU PAHAT: Polis daerah ini membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, pada jam 11.38 pagi tadi, pihak polis menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan.
“Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.
“Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, penderma darah menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.
“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.
“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya.
Katanya, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya. BH
Mee segera perisa daging babi hadiah derma darah
Baca Artikel Menarik:
- Lim tersenyum terima suapan – Saksi
- Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban
- Apa dosa Mat Kilau?
- Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno
- Pendaftaran BRA tarik perhatian orang ramai
- DJ Sal, DJ Wong perlu dipanggil pihak berkuasa agama
- Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil
- Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari
- Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan
- Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
- Macam James Bond, Najib jadi aktor pula?
- Tiga Ikan Paus Di Langkawi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.