Hasanah Hamid meninggal dunia

Hasanah Hamid meninggal dunia

Bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia di kediamannya di Desa Pinggiran Putra pada jam 12.30 tengah hari ini.

Sumber dari kerajaan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa dia sedang bergelut dengan kanser.



Bagaimanapun, tiada butiran tambahan berkaitan penyakitnya diberikan. Allahyarham berusia 66 tahun.

Menurut sumber itu, allahyarham akan disolatkan di Surau Al Ikhwan Desa Pinggiran Putra, Kajang pada jam 3 petang ini dan kemudiannya akan dikebumikan di Pusara Taman Raudhatul Jannah KLM pada jam 4 petang nanti.

Hasanah sebelum ini dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia empat tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, antara 30 April dan 9 Mei 2018.



Pertuduhan itu, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. Mk

Hasanah Hamid meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker