Delegasi Ukraine tumbuk perwakilan Russia di Ankara (Video)

Delegasi Ukraine tumbuk perwakilan Russia di Ankara (Video)

ANKARA: Seorang delegasi Ukraine menumbuk muka seorang perwakilan Russia pada perhimpunan negara-negara Laut Hitam di ibu negara Turkiye semalam, selepas bendera Ukraine dirampas dalam usaha menghalangnya mengganggu temu bual video dengan perwakilan utama Russia.

Delegasi itu, Olesandr Marikovski menyiarkan video dirinya memukul warga Russia dan mendapatkan semula bendera biru dan kuning di laman Facebooknya.



Insiden itu berlaku di laluan bangunan Parlimen, tempat perhimpunan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Laut Hitam (BSEC) diadakan.

Pagi semalam, beberapa perwakilan Ukraine bergelut dengan pegawai keselamatan yang cuba menarik kumpulan itu ketika mereka mengadakan protes, menjerit dan memegang bendera negaranya di sebelah perwakilan utama Russia yang berucap di perhimpunan.

Gambar gangguan itu disiarkan oleh Parlimen Turkiye di laman webnya dan Ketua Parlimen, Mustafa Sentop mengeluarkan teguran keras.

“Saya mengecam tingkah laku ini yang mengganggu persekitaran aman yang cuba diwujudkan oleh Turkiye,” tegasnya.



Ketika wakil daripada 13 negara dalam BSEC bertemu semalam, dron Russia terus menyerang ibu kota Ukraine, Kyiv.

Pada masa ini tiada rundingan damai untuk menamatkan perang, yang memusnahkan bandar di Ukraine, membunuh ribuan orang dan mengakibatkan jutaan orang keluar meninggalkan rumah mereka. BH

Delegasi Ukraine tumbuk perwakilan Russia di Ankara (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker