Hatrik Arif Aiman lebur KL City
Hatrik Arif Aiman lebur KL City
Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan pusingan kedua saingan Liga Super dengan langkah kanan selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio mengumpul 43 mata selepas melakar 14 kemenangan untuk terus mendominasi takhta liga dan akan sekali lagi berdepan anak didik Miroslav Kuljanac pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat ini.
Skuad The City Boys turun tanpa dua tonggak utama, Paulo Josue dan Haqimi Azim Rosli yang bersama skuad Harimau Malaya bagi tugasan Piala Asean tampak beraksi dalam tekanan apabila barisan pemain JDT kerap menguasai permainan.
JDT berada di depan pada minit ke-12 selepas Arif Aiman Hanapi yang tidak dikawal bergerak secara solo sebelum merembat bola tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol KL City FC, Azri Ab Ghani.
Arif Aiman yang aksinya agak tenggelam ketika saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) baru-baru ini bagaikan melepaskan geram apabila mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-35 menerusi rembatan kencang di luar kotak penalti yang gagal diselamatkan Azri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Ketika aksi berbaki lima untuk ditamatkan pengadil perlawanan, Fitri Maskon tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesan bola sepakan Park Jun-heiong terkena tangan Brendan Gan.
Arif Aiman mengambil sepakan penalti pada minit ke-42 untuk melengkapkan hatrik buat dirinya pada perlawanan yang jelas dikuasai skuad Harimau Selatan dengan kedudukan 3-0.
Bersambung babak kedua, anak didik Bidoglio hampir menambah jaringan pada minit ke-52 selepas lorongan Oscar Arribas membuka ruang buat Heberty Fernandes merembat kencang dari jarak 20 meter namun ditampan Azri.
Sekali lagi JDT terlepas menambah jaringan pada minit ke-83 selepas bola sepakan sudut Corbin Ong tepat kepada pemain gantian Jorge Obregon namun tandukannya sempat ditepis Azri untuk kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Hatrik Arif Aiman lebur KL City
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
- UMNO Berikan Peluang Kedua Kepada Pemimpin Yang Di Kenakan Tindakan Disiplin
- Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.