SPRM catat sejarah julang Piala Emas Raja-Raja

SPRM catat sejarah julang Piala Emas Raja-Raja

SPRM catat sejarah julang Piala Emas Raja-Raja
PASUKAN ACeiO SPRM menjulang piala Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2024 di Stadium Hang Jebat. FOTO NAZRI ABU BAKAR

Melaka: Pasukan ACeiO SPRM muncul juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2024 selepas menewaskan Bomba 2-1 pada aksi final edisi 102 di di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Kedua-dua pasukan yang pertama kali mara ke final berusaha gigih mencipta peluang jaringan sejak awal permainan bagi melakar sejarah tersendiri penyertaan mereka dalam kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun Bomba bermula garang dengan melakukan percubaan seawal minit ke-18 menerusi Sazrin Juhari namun rembatannya tersasar ke kiri gawang SPRM.



Usaha Bomba membuahkan hasil pada minit ke-34 menerusi rembatan kencang Aidil Syazran Sukarno bagi membolehkan mereka menyuntik keyakinan untuk mencipta kejayaan sulung.

Bersambung di babak kedua SPRM giat menekan kubu Bomba bagi meledak jaringan dengan hasilnya tercipta pada m-63 menerusi tandukan tepat Ahmad Basher Samsuri bagi menyamakan kedudukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas




Gol terbabit terus membakar semangat pemain SPRM untuk memburu jaringan kemenangan yang akhirnya menjadi kenyataan menerusi sepakan penalti Ahmad Basher pada m-80 selepas Mohd Adib Abdul Nahar dijatuhkan pertahanan lawan.

Kebangkitan pasukan bimbingan legenda bola sepak negara, Khalid Shahdan selepas ketinggalan nyata menjadi aset kejayaan mereka sekali gus ceria membawa pulang RM50,000 sementara Bomba selaku naib johan meraih RM30,000.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Presiden, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Mohd Firdaus Mohamed dan Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka Baharu, Datuk Mohd Ridhwan Tun Mohd Ali.



Kejayaan SPRM mencatat satu lagi rekod bukan pasukan negeri merangkul kejuaraan seperti pernah dilakar Majlis Sukan India Malaysia pada 2019.

SPRM catat sejarah julang Piala Emas Raja-Raja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker