Chelsea benam Newcastle di Stamford Bridge

Chelsea benam Newcastle di Stamford Bridge

Chelsea benam Newcastle di Stamford Bridge
COLE Palmer meraikan jaringannya. FOTO REUTERS

London: Gol oleh Nicolas Jackson dan Cole Palmer menyaksikan Chelsea meraih kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United di tempat sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menunjukkan peningkatan prestasi terkini di bawah kendalian jurulatih, Enzo Maresca.

Jackson membuka jaringan pada minit ke-18 menerusi serangan balas pantas Chelsea yang membabitkan Palmer dan pemain sayap Pedro Neto, menjadikan jumlah jaringan penyerang Senegal ini pada aksi liga bertambah kepada enam gol setakat ini.

Newcastle menyamakan kedudukan apabila Alexander Isak menyempurnakan hantaran silang bekas pemain Chelsea, Lewis Hall, pada minit ke-32.



Tidak sampai seminit selepas babak kedua bermula, Palmer kembali meletakkan Chelsea di depan menerusi rembatan rendah melepasi Nick Pope selepas menerima hantaran dari Romeo Lavia.

 

Chelsea benam Newcastle di Stamford Bridge

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Parti Terpaling Demokratik Di Malaysia

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker