Pemandu maut lori tangki terbalik di Lebuh Raya KL-Karak

Pemandu maut lori tangki terbalik di Lebuh Raya KL-Karak

Pemandu maut lori tangki terbalik di Lebuh Raya KL-Karak
Sebuah lori tangki minyak terbabas dan terbalik di KM27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah menghala ke Plaza Tol Gombak, kira-kira pukul 5.30 petang semalam. Foto BERNAMA/ ihsan orang ramai

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori tangki maut selepas kenderaan membawa muatan minyak sawit dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dalam perjalanan ke Klang, Selangor dari Lipis, Pahang.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Selayang.



“Kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin dan basah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Noor Ariffin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 5.45 petang semalam dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Rohaizad Hashim di 012-2924420 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-61262222.

 



Pemandu maut lori tangki terbalik di Lebuh Raya KL-Karak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker