TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati

TMJ Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati

TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati

 

Adat orang Melayu, derhaka kepada raja tidak sama sekali.

Titah raja adalah titah yang dijunjung.



Sebagai rakyat, kita seharusnya faham, sebelum sesuatu titah dikeluarkan raja, pastinya ia sudah ditimbang dan difikir dengan semasak-masaknya.

Pasti raja sudah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak sebelum mengambil kata putus.

Kebaikan dan keburukan sudah ditimbangkan dengan semasak-masaknya.

Tidak mungkin raja akan mengembil tindakan semborono yang hanya berpaksikan kepada kepentingan peribadi.



Baru-baru ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menitahkan supaya cuti hujung minggu dikembalikan semula kepada hari Sabtu dan Ahad.

Sebelum ini, Johor adalah antara negeri yang mengamalkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Menurut Tunku Ismail, sebelum baginda mengeluarkan titah tersebut, terlebih dahulu baginda sudah mendapat perkenan dari Sultan Johor yang kini menjadi YDP Agong ke XVII.

Baginda juga memaklumkan, beberapa pihak, termasuk pihak kerajaan negeri sudah berbincang mengenai perkara itu.



Selepas semua pihak bersetuju, barulah baginda mengeluarkan titah tersebut.

Tetapi baru-baru ini, seorang ahli parlimen di Johor telah mengkritik titah tersebut.

Dengan menekankan hak kebebasan bersuara, beliau mempersoalkan titah tersebut.

Alasan yang digunakan sangat klishe.



Nilai sensitiviti cuti pada hari Jumaat dari sudut sejarah dijadikan sebagai asas kepada penghujahan.

Lalu ditokok tambah dengan cerita negeri bersekutu dan negeri tidak bersekutu.

Kita tidak menafikan kebenaran fakta yang dihujahkan oleh ahli parlimen tersebut, tetapi inilah masalahnya dengan manusia yang sentiasa hanya beliau yang betul.

Tetapi apa relevannya fakta-fakta tersebut dengan kehidupan pada hari ini.



Adakah beliau masih lagi seronok bernostalgia dengan masa lalu?

Kalau kita hendak bernostalgia dengan masa silam, moyang kita pun masih anak dara.

Tetapi apakah moyang kita masih anak dara pada hari ini?

Membuat perubahan untuk disesuaikan dengan masa terkini tidak membawa maksud kita melupakan sejarah bangsa kita.



Sebagaimana yang dititahkan Pemangku Sultan Johor, kalau tidak puas hati, sila keluar dari Johor.

TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati

Di Syorkan Untuk Anda:

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker