Sabari dibunuh kerana cam wajah suspek

Sabari dibunuh kerana cam wajah suspek

Sabari dibunuh kerana cam wajah suspek
OPERASI pencarian Sabari Baharom, semalam, meliputi 13 kilometer sepanjang Sungai Padang Terap bermula dari Jambatan Lubuk Batu ke Jambatan Kepala Batas. FOTO BERnama

Kuala Lumpur: Kejam apabila tergamak mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak ke sungai hanya kerana bagi menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah suspek yang menyamunnya.

Itu motif pembunuhan Sabari Baharom, 62, pesara pegawai kewangan Felcra di Baling yang hilang sejak 4 September lalu selepas soal siasat ke atas dua lelaki yang ditahan, Jumaat lalu mendedahkan niat mereka ingin menyamun namun wajah suspek dicam mangsa ketika kejadian itu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, soal siasat ke atas dua suspek berusia 26 dan 38 tahun, motif pembunuhan kerana samun.

Menurutnya, bagaimanapun ketika kejadian samun itu, mangsa mengenali suspek menyebabkan mereka mengambil tindakan mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum mencampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu.

Persoalan itu terjawab selepas polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.

Dalam kejadian itu, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.

Fisol berkata, hasil soal siasat dijalankan, pengakuan dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa dicampak ke dalam Sungai Padang Terap.

“Bagaimanapun, sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari masih dilakukan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah PKR Terima Azmin Semula


Susulan itu, Fisol berkata, siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.

Beliau berkata, polis juga memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa.

 

 

Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Kehilangan mangsa menjadi misteri oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.

Berikutan itu, ahli keluarga mangsa mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji lelaki itu ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.

Sabari dibunuh kerana cam wajah suspek


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker