Bolehkah PKR Terima Azmin Semula
Bolehkah PKR Terima Azmin Semula
Pergeseran antara Ketua Penerangan PPBM, Azmin Ali dengan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin, bukanlah perkara baharu.
Malah media sudah mula mengesannya sejak dari tahun 2021.
Pemimpin PPBM marah kerana kluster mantan PKR dilantik dalam jawatan penting dalam kerajaan, walaupun menjadi antara muka baharu dalam parti.
Di era Muhyiddin, Azmin dilantik sebagai menteri kanan dalam kabinet.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
Beliau diberi tugas untuk mengawasi peranan perdana menteri semasa ketiadaannya.
Malah ketika itu, Azmin juga disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tetapi akhirnya Muhyiddin telah mengubah fikiran dengan melantik Ismail Sabri dari UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Namun semakin masa berlalu, kredibiliti dan populariti Azmin di dalam PPBM dilihat semakin merudum.
Terkini, kekalahan yang memalukan di pilihan raya kecil Mahkota, menambahkan parah kepada kredibiliti Azmin sebagai pengarah pilihanraya Perikatan Nasional.
Ada khabar yang mengatakan, wujudnya sabotaj dalaman dari parti PPBM sendiri melalui Ketua Bahagian PPBM Kluang.
Namun sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan, tetapi kemungkinan ianya berlaku tidak boleh dinafikan.
Beliau cuba memperkukuhkan kem Azmin dengan penyertaan Ahmad Faizal Azumu.
Tetapi lawan yang akan ditentang oleh Azmin mempunyai pengaruh yang cukup kuat di peringkat akar umbi PPBM.
Kekuatan Hamzah diperkukuhkan lagi dengan mendapat sokongan dari Dr Mahathir, PAS dan kluster mantan pemimpin UMNO dalam Keluarga Malaysia.
Berita yang sampai kepada kami adalah Azmin cuba mencari talian hayat di PKR.
Sudikah PKR menerimanya?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]