Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata

Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata

Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata

Kejayaan adik Izz Imil Shahrom menjadi pelajar program Ijazah Sarjana Muda jurusan Matematik di Universiti Malaya, sangat membanggakan kita semua.

Walau pun ada antara ibubapa merasakan kekurangan apabila dikurniakan anak autisma, tetapi adik Izz Imil telah membuktikan sebaliknya.



Namun, ibarat pokok yang tumbuh subur hari ini, tidak akan dapat subur sekiranya tidak dijaga dengan rapi dan diberikan baja yang secukupnya.

Adik Izz Imil Produk Kebanggaan PERMATA Pintar

Mungkin ramai yang tidak tahu, adik Izz Imil Shahrom adalah antara produk dari program PERMATA Pintar yang diilhamkan oleh DS Najib dan isteri beliau, DS Rosmah.

Menurut Pengarah PERMATA Pintar, Profesor Dr Noriah Mohd Ishak, adik Izz Imil telah diterima masuk dalam program tersebut pada tahun 2009.



Ketika itu, adik Izz Imil baru berusia 6 tahun.

Ketika ujian saringan dilakukan, pihak pengurusan PERMATA Pintar dapat mengesan kebijaksanaan adik Izz Imil.

Di usi 6 tahun, adik Izz Imil mampu menyelesaikan masalah matematik dan kimia silibus pelajaran pelajar 16 tahun. 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




DS Rosmah yang menjadi penaung kepada program PERMATA Pintar telah membuat lawatan untuk berjumpa dengan adik Izz Imil.

Profesor Dr Noriah berkata, sebagai penaung, DS Rosmah merasa sangat teruja dan mahu melihat sendiri kebijaksanaan adik Izz Imil.

Beliau juga berkata, sebenarnya negara kita mempunyai ramai pelajar pintar, tetapi tidak disedari oleh penjaga mereka.



Kerana itulah DS Rosmah mengilhamkan PERMATA Pintar untuk mengesan mereka.

Sehingga tahun 2016 sejak penubuhannya pada 2009, PERMATA Pintar berjaya mengesan seramai 5,600 kanak-kanak pintar di Malaysia.

Matlamat utama PERMATA Pintar adalah untuk:

  • Menyediakan pengalaman pendidikan yang unik untuk keperluan pembelajaran kanak-kanak tersebut.
  • Menyediakan program pengayaan untuk meningkatkan minat mereka dalam mata pelajaran yang di luar sukatan pelajaran sekolah untuk kumpulan umur mereka.
  • Membantu negara membina pemimpin dan mudah-mudahan, penerima hadiah Nobel.
  • Membina rangkaian dengan kanak-kanak berbakat dari negara lain untuk menggalakkan komunikasi dan kerjasama.
  • Membantu kanak-kanak berbakat berhubung dengan saintis terkemuka dunia.
  • Membantu Malaysia mencegah masalah brain drain dengan menyediakan pendidikan terbaik.

Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?



Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker