Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See

Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See

Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See

Akhirnya podcast Yang Bakar Menteri yang ditunggu-tunggu disiarkan juga walau pun bukan secara langsung.

Bagi penyokong PKR, terutamanya yang berada di kem Rafizi, sudah tentulah akan mempertahankan kehebatan idola mereka.



Antara hantaran dari penyokong Rafizi sebaik sahaja selesai rancangan tersebut adalah Lim Sian See terkulai di tangan Rafizi.

Tetapi benarkah dakwaan tersebut?

Lim Sian See terkulai di tangan Rafizi atau Rafizi yang terkulai di tangan Lim Sian See.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional


Secara jujur, dari sudut kelancaran penyampaian, kita tidak nafikan Rafizi dilihat mempunyai kelebihan berbanding Lim Sian See.

Rafizi yang berbangsa Melayu sudah tentu akan bercakap dengan lebih fasih berbanding Lim Sian See yang berbangsa Cina.



Tetapi itu bukanlah kayu ukuran kualiti dan kredibiliti mereka.

Tujuan pertemuan mereka adalah untuk membentangkan fakta untuk pertahankan pendirian masing-masing.

Secara ringkasnya, cuma ada beberapa isu utama yang dibincangkan mereka.

Isu Lynas, isu harga diesel dan isu kes 1MDB DS Najib Razak.



Isu Lynas

Lim Sian See membangkitkan pendirian yang tidak konsisten yang boleh juga dianggap sebagai pendirian oportunis bersifat politik Pakatan Harapan dalam isu Lynas.

Sebelum kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, Rafizi antara pemimpin Pakatan Harapan yang lantang menjadikan isu Lynas sebagai isu politik.

Mereka mendakwa proses penapisan nadir bumi (REE) melupuskan bertan sisa toksik dan radioaktif di kawasan setempat, alam sekitar dan kesihatan.

Antara gerakan yang mereka lakukan adalah menggerakkan Himpunan Hijau yang diadakan di Pahang, Kedah dan Pulau Pinang.



Ironiknya, ketika berkuasa kali pertama selepas pilihan raya umum ke 14, Pakatan Harapan telah memperbaharui lesen operasi Lynas.

Dan selepas sekali berjaya menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15, pada 2023, sekali lagi Pakatan Harapan memperbaharui lesen operasi Lynas selama 3 tahun.

Alasan Rafizi adalah ketika di era Barisan Nasional, Lynas menjadikan Malaysia sebagai tempat simpanan sisa nadir bumi.

Tetapi syarat yang dikenakan kepada Lynay ketika pembaharuan lesen kali pertama 2019 dan kali kedua pada 2023 masih sama ketika di era Barisan Nasional!!!



Isu Harga Diesel

Lim Sian See bangkitkan isu kerajaan sekarang ini sebenarnya sedang mengutip subsidi dari rakyat dari penjualan diesel.

Menurut Lim Sian See, harga jualan diesel yang diapungkan adalah lebih tinggi berbanding harga pasaran diesel.

Beliau juga persoalkan ke mana perginya lebihan perolehan harga jualan diesel tersebut.

Jawapan Rafizi adalah kerajaan masih lagi memberikan subsidi bersasar kepada pengguna diesel.

Persoalannya, apakah di era DS Najib, tidak ada subsidi bersasar diberikan kepada golongan tertentu?

Dan adakah ketika itu harga pasaran diesel tempatan lebih tinggi dari harga pasaran diesel dunia?

Keadilan Dalam Kes 1MDB

Antara isu yang dibangkitkan Lim Sian See adalah mengapakah derma yang diterima dan sudah dipulangkan masih dikenakan cukai.

Dan bila sudah dipulangkan, bagaimana DS Najib mahu membayar cukai tersebut?

Beliau memberikan analogi sekiranya beliau pinjam duit dari kawan dan kemudian duit itu dipulangkan semula, adakah itu boleh dianggap duit yangb boleh dikenakan cukai?

Sekali lagi Rafizi cuba memutarbelitkan apa yang dikatakan Lim Sian See.

Rafizi mendakwa Lim Sian See telah memberikan fakta baharu dengan mengatakan duit tersebut bukan duit derma tetapi adalah duit pinjaman.

Ianya dibantah oleh Lim Sian See dengan mengatakan analogi adalah berbeza dengan fakta.

Secara ringkasnya, Rafizi masih cuba beretorik dengan memutarbelitkan fakta.

Siapa sebenarnya yang terkulai, Rafizi atau Lim Sian See?

 

Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker