Isteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segera

Isteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segera

Isteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segera
Subhiah Roslina Shahib. FOTO WAN NABIL NASIR.

Jitra: “Suami saya memang suka memasak… paling dia suka masak kari sebab memang orang utara kot. Lepas ini saya akan merindui masakannya,” kata Subhiah Roslina Shahibi, 57.

Shubiah Roslina adalah isteri kepada pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Kampung Empa, di sini selepas dilaporkan hilang sejak 4 September lalu.

Katanya, dia dan suaminya adalah pasangan jarak jauh (PJJ) kerana dia bekerja di Ibu Pejabat Felcra di Kuala Lumpur dan hanya bertemu jika suaminya berkelapangan.



“Yang paling saya rindu adalah ketika dia datang ke Kuala Lumpur, dia memang rajin mengemas rumah dan bila dia tak ada ni, saya mula teringatkan dia, rasa rindu.

“Namun saya berharap sangatlah, jasadnya ditemui secepat mungkin supaya ada pusaranya.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya akan sentiasa di berada di sini iaitu di lokasi pencarian untuk mengikuti perkembangan operasi pencarian suami kerana saya sudah mengambil cuti,” katanya ketika ditemui di lokasi kedua pencarian Sabari di Sungai Padang Terap, di Kampung Lubuk Batu, Jalan Wang Tepus, di sini hari ini.



Dalam pada itu, Shubiah berkata, suaminya disifatkan sebagai seorang individu yang sangat baik dan dikenali sebagai ‘ahli surau’.

Katanya, suaminya seorang yang tidak kasar malah sentiasa berlemah lembut dan insiden menimpa lelaki itu disifatkan sangat kejam.

“Bagi saya kejam, orang yang masih bernyawa dicampak ke dalam sungai… Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya, kenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka yang sangat kejam,” katanya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

Terdahulu, Subhiah yang tiba bersama beberapa ahli keluarga Sabari yang lain turut mendengar penerangan pegawai polis di lokasi pencarian suaminya.



“Hujung tahun ini iaitu pada 5 Disember depan, genaplah enam tahun kami berkahwin sejak 2018.

“Suami pernah bertugas di beberapa negeri sebelum bersara, namun tidak pernah dengar mana-mana pihak memburukkannya, sebaliknya sentiasa memuji kebaikan Sabari.

“Suami saya sentiasa bercakap yang baik-baik saja dan dia ada juga berpesan jangan pergi ke kawasan tanah jerlus sebab saya duduk di Kuala Lumpur, katanya kalau awak hilang susahlah, tapi dia pula yang hilang,” katanya.

Menurut Shubiah, dia menerima ketentuan Ilahi dan mereka sekeluarga akan terus usahakan solat hajat.



Katanya, yang pasti sekarang mereka menunggu hasil penyudahnya kerana sepanjang menunggu tempoh 26 hari dia dilaporkan, akhirnya sudah mendapat jawapan.

“Cumanya saya berharap kalau dia meninggal biarlah ada kuburnya,” katanya.

Sementara itu, operasi pencarian Sabari ditangguhkan pada jam 6 petang hari ini oleh pasukan penyelamat termasuk Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) dari Batu Uban, Pulau Pinang dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu.

Operasi dijangka akan diteruskan semula pagi esok.



Semalam, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Isteri Sabari rindukan masakan suami, harap jasad ditemukan segera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker