Guardiola temui pengganti Rodri

Guardiola temui pengganti Rodri

Guardiola temui pengganti Rodri
O’REILLY hanya kali kedua beraksi bersama skuad senior City. FOTO Man City

London: Pep Guardiola mungkin sudah menemui pengganti Rodri hanya beberapa hari selepas pemain tengah Sepanyol itu terpaksa melupakan baki saingan musim ini akibat kecederaan lutut dialami ketika menentang Arsenal di Etihad, pada Ahad lalu.

Namun, pengurus City, Guardiola tampak sudah mempunyai pengganti untuk mengambil alih tugas Rodri.

Pemain muda Nico O’Reilly disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika City menentang Watford dalam aksi Piala Liga, semalam dan prestasinya menarik perhatian peminat di media sosial.

Perlawanan menentang Watford hanyalah penampilan kedua O’Reilly dalam skuad senior City selepas 11 tahun beraksi bersama kelab belia.

Penampilan pertamanya ketika City menang penentuan penalti ketika menentang Manchester United pada Ogos sebelum digantikan Mattheus Nunes selepas satu jam perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri


Selepas menyerlah setakat ini, dia berdepan tugas besar mengisi kekosongan ditinggalkan Rodri.

Dalam kenyataan rasmi mengenai kecederaan Rodri, City menulis: “Manchester City FC mengesahkan Rodri mengalami kecederaan ligamen di lutut kanan.

“Pemain tengah itu terbang ke Sepanyol untuk mendapatkan rawatan dengan pakar perubatan minggu ini selepas mendapatkan pemeriksaan awal di Manchester. Penilaian masih diteruskan untuk mengetahui tahap kecederaan dan tempoh pemulihan.”

Guardiola temui pengganti Rodri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]

 

Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]

 

Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini

 

Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian

 

Diana Danielle Pernah Disihir Semasa Kecil

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker