3 budak dirotan: Guru sekolah milik GISBH dipenjara 10 tahun

3 budak dirotan: Guru sekolah milik GISBH dipenjara 10 tahun

3 budak dirotan: Guru sekolah milik GISBH dipenjara 10 tahun
KLANG 26 SEPTMBER 2024: TERTUDUH (depang, tengah) di Mahkamah Sesyen di Klang. FOTO Suraya Roslan

Klang: Tindakan guru sekolah agama milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang videonya tular merotan tiga kanak-kanak dan menekan dada salah seorangnya mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atasnya.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik empat pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Dalam rayuannya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, lelaki itu memohon maaf atas tindakannya.



“Untuk kes ini saya benar-benar insaf dan tekad serta berazam tidak akan mengulangi kesalahan ini,” katanya.

Pada 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera.

Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.

3 budak dirotan: Guru sekolah milik GISBH dipenjara 10 tahun

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]



 

Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]

 



Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini

 

Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian



 

Diana Danielle Pernah Disihir Semasa Kecil



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker