Liverpool, Arsenal kenduri gol
Liverpool: Diogo Jota dan Cody Gakpo masing-masing menjaringkan dua gol ketika juara bertahan Liverpool membelasah West Ham United 5-1 di Anfield untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga, awal pagi tadi.
Mohamed Salah turut menemui sasaran untuk Liverpool yang ketinggalan terlebih dahulu dan berdepan beberapa detik cemas sebelum bangkit dengan kemenangan bergaya.
“Kami menguasai hampir keseluruhan perlawanan,” kata pengurus Liverpool Arne Slot. “Kami mendominasi kawalan bola terutamanya pada babak pertama.”
Dalam perlawanan lain, Arsenal turut menang besar 5-1 ke atas kelab divisyen tiga Bolton Wanderers.
West Ham yang beraksi sepuluh pemain selepas Edson Alvarez dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-76 terlebih dahulu di depan apabila berlaku kelam kabut di depan gawang Liverpool susulan sepakan sudut yang akhirnya menyaksikan Jarell Quansah menjaringkan gol sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Perlis Haramkan GISBH, Apa Pula Fatwa Untuk SIS
- Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM
- Tun Mahathir meroyan , tapi tiada siapa pun melayan.
Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri
Namun, kegembiraan The Hammers tidak bertahan lama apabila empat minit kemudian, voli dilakukan Federico Chiesa disudahkan dengan tandukan oleh Jota.
Dia kemudiannya menjaringkan gol kedua minit ke-49 menerusi rembatan ke penjuru gawang selepas mendapat hantaran Curtis Jones.
“Adalah penting apabila ketinggalan, anda perlu bangkit menjaringkan gol secepat mungkin di Anfield dan sangat istimewa dapat membantu pasukan,” kata Jota kepada Sky Sports.
Salah menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-74 selepas dia menolak masuk bola muntah susulan rembatan Alexis Mac Allister dan Alvarez kemudiannya dibuang padang dua minit kemudian selepas melakukan kekasaran.
Gakpo melebarkan kedudukan Liverpool minit ke-90 dan 93 dan jaringan pertamanya hasil rembatan cantik dari jarak 20 meter selepas bergandingan satu dua dengan Darwin Nunez.
The Reds menjuarai Piala Liga ke-10 musim lalu yang juga trofi terakhir bekas pengurus Juergen Klopp sebelum meletak jawaran pada penghujung musim.
Sementara itu, Ethan Nwaneri yang berusia 17 tahun membuka akaun jaringan bersama Arsenal dengan meledak dua gol manakala Raheem Sterling turut menjaringkan gol pertamanya untuk Gunners.
Liverpool, Arsenal kenduri gol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah
- DS Najib Hairan Kenapa Lembaga Pengarah SRC Tidak Pernah Dapatkan Pengesahan Beliau
- PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]
Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]
Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini
Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian