Buaya baham pekerja ladang ditembak mati
Pekerja ladang maut dalam mulut buaya.
Buaya baham pekerja ladang ditembak mati
Lahad Datu: Buaya yang membaham pekerja ladang di Sungai Matamba, Jalan Silabukan, di sini, pagi tadi, berjaya ditembak mati.
Reptilia itu dikesan di kawasan sungai kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa disambar dengan keadaan mangsa berada di mulut buaya terbabit.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, setibanya pasukan penyelamat, buaya terbabit masih kelihatan di kawasan sungai, kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa disambar.
“Anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah melepaskan lima das tembakan ke arah buaya berkenaan. Selepas kematian buaya itu disahkan, pasukan bomba turun ke sungai untuk mengambil mangsa.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala buaya sepanjang 4.6 meter itu diserahkan kepada JHL,” katanya.
Terdahulu, mangsa Rusdi Tambah, 45, yang juga warga Indonesia dikatakan sedang memancing di tepi sungai berkenaan sebelum disambar oleh buaya. HM
Buaya baham pekerja ladang ditembak mati
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari
You must be logged in to post a comment.