Khabib ke Malaysia hujung bulan ini

Khabib ke Malaysia hujung bulan ini

Jualan tiket acara membabitkan legenda UFC dunia, ‘Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024’ yang dijadual berlangsung pada hujung bulan ini sudah terjual lebih daripada 50 peratus.

Dijadual berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 29 September ini, hanya 3,000 tempat duduk tersedia untuk acara tersebut dengan penganjur Faith Events ketika majlis pelancarannya, hari ini menyatakan jualan tiket cukup memberangsangkan.



Memegang rekod sebagai juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod 29-0, ini adalah penampilan sulung Khabib dari Russia ke Malaysia.

“Tidak mudah untuk meyakinkan Khabib untuk datang ke Malaysia disebabkan tugasnya sebagai jurulatih kepada petinju di bawah bimbingannya. Jadi nak dapatkan masanya untuk ke sini agak sulit,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Faith Events, Khairul Amar Razali.

“Tetapi mereka (Khabib dan pasukannya) memang amat berminat untuk datang ke Malaysia. Beliau rasa nak datang kerana beliau juga seorang Muslim, dan dengan Malaysia sebagai negara Islam jadi beliau menyatakan untuk datang ke sini juga adalah impiannya.

“Dan beliau juga kata nak jadikan peluang ini untuk kenal Malaysia dengan lebih dekat.”



Mengulas lanjut, Khairul berkata acara itu juga menjadi satu peluang untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia terutama membabitkan peminat seni mempertahankan diri.

“Ini juga adalah peluang untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dan bagi saya ia akan membawa impak di peringkat global dan ia bukan saja kepada pengikutnya, namun seluruh dunia.”

Selain acara ‘Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024’ yang berlangsung pada 29 September depan yang Alif Satar sebagai pengacara dan Johan Ghazali sebagai tetamu khas, Khabib berdepan jadual ketat malah turut dijadualkan mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terkenal sebagai sensasi UFC dunia, antara pertarungan paling terkenal membabitkan Khabib adalah ketika bertemu petarung Ireland, Conor McGregor dalam aksi UFC 229 pada Oktober 2018.



Kemenangan itu diteruskan apabila dia menewaskan lawannya dari Amerika Syarikat, Dustin Poirier pada September 2019 dalam saingan UFC 242.

Pada 2020, Khabib mengumumkan persaraannya selepas pertarungan menentang Justin Gaethje pada saingan UFC 254 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu. BH

Khabib ke Malaysia hujung bulan ini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker