15 polis, seorang paderi maut ditembak di Russia

15 polis, seorang paderi maut ditembak di Russia

MOSCOW: Seorang paderi dan sekurang-kurangnya 15 polis maut akibat ditembak dalam dua serangan berbeza, masing-masing di gereja Ortodoks dan balai polis dekat wilayah Kaukasus Utara Russia, Dagestan, semalam.

Kejadian di bandar Makhachkala dan Derbent itu berlaku serentak selepas 145 mangsa terbunuh dalam serangan di konsert berhampiran Moscow yang didalangi Daesh, tiga bulan lalu.

Bercakap menerusi rakaman video disiarkan di aplikasi Telegram awal pagi tadi, Gabenor Wilayah Dagestan, Sergei Melikov, menyifatkan semalam sebagai hari tragedi untuk Dagestan dan seluruh negara.

Selain pegawai polis, katanya, beberapa orang awam, termasuk seorang paderi Ortodoks di Derbent yang berusia 40-an adalah antara mangsa yang terkorban.

Beliau berkata, enam suspek serangan itu juga maut ditembak ketika serangan berlaku.

Rentetan itu, Isnin hingga Rabu ini, diisytiharkan sebagai hari berkabung di Dagestan, dengan bendera dikibarkan separuh tiang dan semua acara hiburan dibatalkan.

“Kami maklum pihak yang mendalangi serangan pengganas ini dan tujuan mereka,” katanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Namun, setakat ini, tiada pihak tampil mengakui bertanggungjawab ke atas serangan terbabit.

Sementara itu, pihak berkuasa undang-undang berkata, dua anak lelaki Ketua Daerah Sergokala di Dagestan Tengah adalah antara penyerang yang dikatakan sudah ditahan penyiasat, seperti mana dilaporkan media Russia.

Agensi media itu turut melaporkan lima suspek maut ditembak, memetik kenyataan Jawatankuasa Anti-pengganas Nasional. BH

15 polis, seorang paderi maut ditembak di Russia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Status kewangan Nedim punca penceraian Nora Danish?

Aeril Zafrel Dipaksa Wawa Zainal Potong Rambut [VIDEO]

Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Che Ta Kantoikan Aaisyah Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker