Lori terjunam dalam lubang jalan mendapat, pemandu maut

Lori terjunam dalam lubang jalan mendapat, pemandu maut

KUANTAN: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu terbabas dan terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, malam tadi.

Muhammad Farhan Dagang, 29, dari Masai, Johor, yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas kira-kira jam 8.55 malam itu



Ketua Polis Kuantan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin dalam satu kenyataan hari ini, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah lori jenis Hino yang membawa alat jana kuasa.

“Siasatan awal mendapati lori dipandu mangsa dari arah Segamat menghala ke Pekan. Tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar penghadang plastik sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap.

“Mangsa dipercayai tidak menyedari lencongan jambatan sementara di lokasi kejadian. Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dihantar ke lokasi selepas menerima maklumat kemalangan.



“Setiba di tempat kejadian, sebuah lori didapati terjunam yang menyebabkan pemandunya tersepit dalam kenderaan itu. Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. BH

Lori terjunam dalam lubang jalan mendapat, pemandu maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang



Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker