Tragedi menimpa rombongan sekolah berkelah di pantai

Tragedi menimpa rombongan sekolah berkelah di pantai

KOTA KINABALU: Kegembiraan seorang budak lelaki mandi-manda di Pantai Kampung Bakasan, Karambunai dekat di sini, bertukar tragedi apabila ditemui lemas, hari ini.

Mangsa, Krispinus Raja, 12, dari Sekolah Indonesia, Kota Kinabalu, dikatakan bersama beberapa rakan mandi di pantai berkenaan sebelum rakannya menyedari dia lemas.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Riki Mohan Singh Ramday, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 8.57 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergerak ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kejadian membabitkan salah seorang murid yang dilaporkan lemas di pantai ketika menjalankan aktiviti riadah dan mandi-manda bersama rombongan Sekolah Indonesia, Kota Kinabalu di kawasan pantai berkenaan.

“Pasukan bomba menjalankan operasi SAR dengan teknik Surface Water Rescue iaitu pencarian di permukaan air menggunakan bot penyelamat di kawasan mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya ditemukan pada jam 10.25 oleh pasukan bomba 40 meter dari pantai pada kedalaman dua meter.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. BH

Tragedi menimpa rombongan sekolah berkelah di pantai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker