Muncung pesawat pecah ditimpa hujan batu

Muncung pesawat pecah ditimpa hujan batu

VIENNA – Muncung sebuah pesawat tercabut dan tingkapnya pecah selepas kapal terbang itu menempuh ribut serta hujan batu, lapor portal berita Daily Star semalam.

Pesawat jenis Airbus A320 berusia 23 tahun itu ‘compang-camping’ selepas menempuh cuaca buruk kelmarin.



Situasi cemas itu berlaku selama 2 minit pada ketinggian 5,999-meter di ruang udara Hartberg, Austria.

Keadaan itu memaksa juruterbang membuat panggilan kecemasan kepada menara kawalan terdekat.

Beberapa penumpang berkata, mereka merasakan pergolakan udara yang kuat ketika pesawat milik Austrian Airlines itu menempuh cuaca ribut.

Mereka turut terkejut mendengar bunyi sesuatu menghempap pesawat yang dinaiki.



Kapal terbang itu bagaimanapun mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Vienna-Schwechat meskipun muncung tercabut dan cerminnya pecah.

Ambulans dan pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Austrian Airlines berkata, pesawat dari Sepanyol menuju ke Vienna itu mengalami kerosakan akibat hujan batu.

“Dua tingkap kokpit , muncung pesawat dan beberapa panel rosak dilanda hujan batu,” demikian menurut Austrian Airlines. K Online



Muncung pesawat pecah ditimpa hujan batu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker