Resepi Rendang Tok Daging

Resepi Rendang Tok Daging

Masa Penyediaan: 40 minit,
Masa Memasak: 2 jam
Jumlah Hidangan: 8-10 orang makan

Resepi ni cara klasik orang-orang lama. Daging seeloknya guna bahagian isi pejal.Juga perlu gunakan banyak rempah kering dan juga rempah masakan fresh dalam rendang tok untuk hasilkan kuah yang pekat dan sedap.



Santan kalau nak lebih sedap dan menjadi, perlu guna santan segar yang pekat. Bila direneh lama, minyak santan akan pecah dan lebih sedap rasanya. Hasil dari proses memasak yang Panjang, Rendang Tok ni sangat tahan lama tak mudah basi.

Bahan-bahan:

2 kilo daging
Santan, dari 4 biji kelapa
1/2 kilo bawang merah kecil
12 ulas bawang putih
4 inci halia
2-3 inci lengkuas
7 batang serai
4 sb biji ketumbar
2 sb biji jintan putih
2 sb biji jintan manis
1 sb lada hitam
5 biji buah keras
3 sb serbuk kari daging
4-5 sb serbuk cili
Rempah 3 sekawan (2 kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 8 biji buah pelaga)
1/2 senduk gula melaka
Garam secukup rasa
Perasa jika suka
4 sb kerisik

Cara Penyediaan:



Cara-cara untuk penyediaan bahan:

Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih, serai, halia dan lengkuas.
Masukan bawang merah, bawang putih, buah keras, serai, halia, lengkuas dan sedikit air dalam blender. Kisar halus kesemua bahan.
Masukkan biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan biji lada hitam dalam kuali.
Sangai biji rempah atas api perlahan sampai naik aroma.
Bila dah naik asap dan bau rempah, boleh tutup api dan tuang masuk dalam blender kering.
Bila biji rempah dah agak suam, kisar halus kesemua rempah.
Daging, potong kepada ketulan besar. Kita tak nak daging yang kecil sangat. Tak sesuai untuk rendang tok yang kena masak lama, takut hancur pulak nanti.
Untuk santan perah dari 4 biji kelapa, air agak-agak sebab tak ada sukatan (Che Nom buat 2 mangkuk besar, 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair).

Cara-cara untuk masak rendang tok:

Masukkan semua daging dalam kuali. Kalau tak makan daging boleh guna ayam pencen sebab isi keras dan tak mudah hancur bila masak.
Tuang masuk serbuk cili, rempah kari daging, rempah sangai, rempah 3 sekawan dan bahan kisar halus.
Gaul sebati biar mesra sebelum kita masukkan satan.
Tuang masuk semua santan. Resepi ni kita tak tumis, sebab tu kita kena guna banyak santan pekat.
Bukak api sederhana dan kacau sebati.
Masukkan gula melaka dan garam (masuk dulu sikit, nanti adjust kalau kurang masin).
Reneh sampai mendidih. Api sederhana sebab kita nak daging perlahan-lahan masak lembut dan kuah perlahan-lahan kering dan pekat.
Selepas sejam kuah akan nampak pekat sikit tapi kuah belum kering lagi dan daging pon masih liat.
Masukkan kerisik. Sambung masak atas api perlahan.
Selepas sejam setengah kuah dah kering dan pecah minyak, kuah pon dah makin gelap warnanya.
Kalau daging masih kurang lembut, tambah lagi masa memasak dan air (takut hangus pulak nanti).
Tambah garam sikit dan serbuk perasa (pilihan).
Boleh tutup api dan sejukkan untuk hidang.
Tabur hirisan daun kunyit sebagai hiasan kalau suka.



Tip:

Kita kena guna daging bahagian isi pejal. Guna bahagian knuckle. Kalau ada urat-urat sikit lagi bagus. Jangan guna daging batang pinang untuk rendang, tak sesuai dan rugi guna daging mahal untuk masak rendang. Kalau nak guna daging import pon boleh.

Kalau simpan rendang dalam peti ais elok-elok setahun pon tahan.

Resepi Rendang Tok Daging



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker