Resepi Daging Masak Kurma

Juga cara buat kerisik.


Resepi Daging Masak Kurma

Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak: 20 minit
Jumlah Hidangan: 4-5 orang makan

Sempena hari raya Aidiladha jom kita tengok resepi Daging masak kurma. Kurma tu bukan buah kurma, tapi jenis campuran rempah yang memang khas untuk masakan yang namanya korma.

Lauk ni kalau dekat kampung dulu memang wajib ada lah kalau kenduri, kuah tu mesti lah pekat dengan rempah korma yang ditumis sampai pecah minyak, gabung pula dengan rasa daging fresh yang dimasak lembut, kemudian dimasukkan santan untuk rasa kuah lebih berlemak. Ada satu bahan iatu ketumbar yang akan sedapkan lagi rasa masakan ini.



Bahan-bahan:

5 kilo daging
Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
2 inci halia
4 sb rempah kurma
3 akar ketumbar
1 batang karot
1 biji tomato
2 biji kentang
1-2 biji bawang merah besar
1-2 sb air asam jawa
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
Daun ketumbar
2 sb kerisik
1 mangkuk santan pekat
ATAU 1 kotak kecil santan
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk penyediaan kurma:



Potong (pada ketulan besar) kentang, tomato, cili merah & hijau, lobak merah dan bawang besar.
Potong kasar halia, bawang putih, bawang merah kecil. Hiris nipis daun ketumbar (untuk taburan), akar ketumbar asingkan.
Tumbuk bahan potong kasar sampai halus (boleh kisar dengan blender kering). Bila dah lumat boleh masukkan akar ketumbar dan tumbuk sikit lagi.
Bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air dan ketepikan.
Rebus daging dengan 2 cawan air sampai lembut.

Cara-cara untuk masak kerisik:

Sangai kelapa parut tanpa minyak sampai kekuningan. Api sederhana.
Bila dah sedikit perang, perlahankan api dan kacau lagi 5 minit sampai perang sekata / perang pekat.
Tumbuk / kisar masa kelapa parut masih panas sampai halus dan berminyak.

Cara-cara untuk masak kurma:



Panaskan minyak kemudian tumis rempah 4 sekawan dan bahan tumbuk halus. Kacau sampai kuning dan naik bau.
Masukkan rempah kurma dan tumis lagi sampai garing. Boleh tambah sedikit air kalau takut hangit.
Bila dah pecah minyak, boleh masukkan daging rebus, lobak merah dan bawang besar.
Masak lagi sampai rempah meresap kedalam daging (anggaran 5-10 minit).
Masukkan air rebusan daging, kentang, santan, air asam jawa, kerisik dan garam. Reneh lagi 5 minit
Masukkan tomato, cili, dan hirisan daun ketumbar.

Tip:

Potong kentang dan lobak merah pada ketulan besar supaya tak mudah hancur bila masak nanti.
Untuk beli daun ketumbar, cari yang ada akar dan bersihkan akar bersih-bersih.
Rebus daging dengan pressure cooker jadi daging cepat sikit masak.
Buat kerisik dalam 3 biji kelapa. Bila dan siap boleh pek nipis – nipis dan simpan dalam chiller. Bila nak guna boleh patahkan je.
Kalau tak suka daun ketumbar boleh ganti dengan daun sup.

Resepi Daging Masak Kurma



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker