Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah

Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah

BINTULU: Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran Estet Ladang Tatau, Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju, di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.22 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan tiga anggota segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kidurong.



Tiba sekitar jam 8.01 pagi, pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Perodua Bezza yang dinaiki pasangan itu terbabas, hilang kawalan dan terbalik, sebelum kedua-duanya tercampak keluar dari kenderaan.

Mangsa, Nur Fariha Abu Bakar Ashe’ari, 24, dari Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa 2 Tanjung Kidurong disahkan meninggal dunia di lokasi oleh paramedik Hospital Bintulu.

Manakala suaminya, Awang Azizan Awang Adenan, 25, yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital.

Jelas Henderi, difahamkan kedua-dua pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan.



Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis. Aw

Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker