Media dilarang masuk, pergerakan penduduk dikawal polis

Media dilarang masuk, pergerakan penduduk dikawal polis

Proses siasatan di lokasi pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Mateen pada kali ini dilakukan dengan sangat ketat.

Seawal jam 10 pagi lagi, sepasukan polis berpakaian seragam membuat dua sekatan laluan menuju ke blok R iaitu kediaman ibu bapa Zayn.



Pihak media dikawal dan diarahkan untuk duduk di sebuah pondok wakaf manakala pergerakan setiap penduduk akan diiringi oleh pihak polis.

Pada masa sama pasukan siasatan terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, menjalankan proses lakonan semula.

Difahamkan, polis juga turut membawa satu patung yang akan dijadikan sebagai tubuh Zayn untuk siasatan lakonan semula itu.

Setakat jam 11 pagi ini hanya kelibat ibu Zayn yang dibawa ke lokasi manakala kehadiran bapanya ke lokasi belum dapat dipastikan. BH



Media dilarang masuk, pergerakan penduduk dikawal polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker