Masalah air di Kedah tak selesai, Sanusi nak ‘offer’ kepada negeri lain

Masalah air di Kedah tak selesai, Sanusi nak ‘offer’ kepada negeri lain

Tawaran Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menjual air kepada kepada Pulau Pinang didakwa sesuatu yang mustahil berikutan Kedah tidak mempunyai margin atau lebihan air terawat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ketika ini margin air yang digunakan untuk keperluan domestik dan industri di negeri ini mencapai 99 peratus dan tiada lebihan untuk dijual.



“Nak jual air apa Kedah ini tak ada margin, Sanusi kena tahu berapa margin yang ada. Contohnya dalam satu tong air ada banyak mana dan berapa kapasiti air nak digunakan.

“Kalau ada satu tong dan perlu guna kesemua satu tong itu nak jual macam mana kecuali guna 70 peratus dan ada margin 30 peratus lagi. Tapi di Kedah kegunaan air 99 peratus sekarang, margin hanya satu peratus saja,” katanya pada sidang media di Pejabat UMNO di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang dilaporkan berkata Kedah sedia menjual air dari loji rawatan air (LRA) Lubuk Buntar di Bandar Baharu, Kulim yang kedudukannya 16 Kilometer dari sempadan Kedah-Pulau Pinang sebagai penyelesaian masalah air di Nibong Tebal.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata tawaran berkenaan dibuat selepas mendapati penduduk di kawasan Nibong Tebal dan Sungai Bakap masih berdepan dengan masalah air sejak lebih enam tahun lalu.



Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) pernah mentadbir negeri Kedah dan mengetahui fakta berkaitan sumber air yang mana kapasiti kesemua LRA sedia ada hanya mencukupi untuk kegunaan dalam negeri.

“Itu belum diambil kira dengan situasi air tidak terhasil (NRW) yang tinggi akibat kebocoran dan sebagainya. Kita tahu kerana pernah berusaha buat perkara itu menjadi elok, tapi dia satu pun tak buat ke arah itu kecuali harapkan pertolongan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Muhammad Sanusi hanya bersifat politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap di negeri jiran itu.

Katanya, Muhammad Sanusi sepatutnya memberi fokus terhadap penyelesaian masalah air di Kedah terlebih dahulu terutamanya bekalan air bersih ke Pulau Langkawi sebelum membuat tawaran untuk membantu menyelesaikan masalah sama di negeri lain.



“Sekarang ini selesaikan dahulu perkara itu (masalah air di Kedah). Cakap sebab bakal ada Pilihan Raya Kecil di Sungai Bakap tidak payahlah. Selesaikan dulu masalah di negeri ini. Banyak lagi (masalah air belum selesai).

“Kita tahu ada lagi bajet daripada kerajaan Persekutuan, ada dalam senarai untuk menyediakan loji rawatan air, tempat lain pun ada, banyak lagi yang tidak selesai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir memaklumkan, lebih 98 peratus cawangan UMNO di Kedah selesai mengadakan mesyuarat kecuali baki dua peratus yang memohon penangguhan disebabkan beberapa faktor. BH

Masalah air di Kedah tak selesai, Sanusi nak ‘offer’ kepada negeri lain



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil



Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)



Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker