Isu DLP di SMJK & SMC: Menteri beri peringatan patuhi garis panduan

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan garis panduan pengendalian program dwibahasa (DLP) mesti dipatuhi, sambil menyifatkan sesi libat urus berkait perkara itu merupakan proses berterusan.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menerima maklum balas yang ‘sangat baik’ susulan sesi libat urus bersama semua pihak terlibat berhubung isu bantahan DLP di beberapa sekolah di negeri itu.

Beliau berkata, sesi libat urus berkenaan secara dasarnya bertujuan memahami keperluan semua pihak mematuhi garis panduan membuat penegasan semula tentang dasar memartabatkan bahasa Melayu serta mengukuhkan bahasa Inggeris.

“Kita tegaskan garis panduan itu mesti dipatuhi, sebab itu sesi libat urus sangat penting, dan pasca isu itu sebenarnya JPN (Pulau Pinang) telah sekali lagi turun serta memberikan penjelasan, malah sesi libat urus itu juga merupakan proses berterusan.

“Maklum balas daripada sesi libat urus yang dijalankan oleh pihak JPN Pulau Pinang dengan pihak terlibat selepas isu itu timbul sangat baik, saya fikir sebab itu kita kena buat libat urus jadi ia berjalan dengan baik,” katanya menurut Bernama di Kepala Batas.

Fadhlina mengulas perkembangan berhubung lembaga sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 11 sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan sekolah menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang yang meminta pihak kementerian menghormati kehendak ibu bapa serta kembali kepada hasrat asal DLP dalam sains serta matematik.

Pada 6 Jun, Fadhlina berkata pihak sekolah hendaklah memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu kelas di setiap tahun/tingkatan yang melaksanakan PdP menggunakan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai pengantar bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 untuk sesi persekolahan baru mulai 2024/2025.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker