“Kawtim’ baik punya dengan kawan Malaysia
“Kawtim’ baik punya dengan kawan Malaysia
Warga tempatan punya lesen tetapi warga asing punya bisnes!
Itu antara ‘barah’ berterusan yang berlaku dalam kalangan peniaga tempatan dengan menjual atau menyewakan lesen perniagaan diperoleh kepada warga asing.
Golongan ‘Ali Baba’ warga tempatan ini atau turut dikenali sebagai ‘rakan kongsi tidur’ semakin menjadi-jadi terutama di sekitar ibu kota.
Peniaga warga asing juga dilihat sanggup melakukan pelaburan besar dengan sumber kewangan komuniti mereka atau ‘dana gelap’ bagi menguasai perniagaan di sesuatu kawasan yang dilihat berpotensi.
Peniaga warga asing membabitkan warga Aceh, Bangladesh, Pakistan dan etnik Rohingya dilihat mula ‘menjajah’ perniagaan kedai runcit, makanan, kedai gunting rambut dan perniagaan sayur serta buah-buahan sekitar ibu kota.
Tinjauan wartawan di beberapa lokasi antaranya di Jalan Silang, Jalan Petaling, Jalan Hang Lekir, Bukit Bintang, Jalan Prima Setapak, Jalan Kuantan, Pantai Dalam, Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai Lama mendapati hampir kesemua premis dimonopoli oleh warga asing.
Ketika tinjauan dilakukan ada peniaga warga asing langsung tidak gentar untuk mengaku perniagaan itu adalah milik mereka.
Seorang pemilik premis warga asing ketika ditemui mengakui terdapat warga tempatan menawarkan lesen perniagaan kepada warga asing untuk memperoleh keuntungan segera.
“Dulu kita menjaja secara haram tetapi kini tidak perlu takut lagi untuk meniaga kerana sudah mempunyai lesen walaupun bukan di atas nama sendiri, tetapi sudah ‘kawtim’ dengan ‘kawan’ Malaysia.
“Bayaran juga tidak mahal, ada yang minta RM2,000…ada juga minta RM3,000 sebulan bergantung kepada lokasi premis tetapi setakat ini jika ada operasi dijalankan penama lesen akan turun ke premis,” katanya kepada Harian Metro.
Seorang pemilik kedai runcit warga Aceh ketika ditemui berkata, lesen premis adalah milik warga tempatan namun syarikat adalah milik bersama.
“Saya tidak tahu macam mana prosesnya tetapi kami bukan baru berniaga, sudah 10 tahun dan setakat ini tidak ada masalah mengenai isu lesen.
“Ada orang kata kami guna lesen ‘Ali Baba’, saya sendiri tidak tahu apa itu kerana yang penting kami boleh berniaga dan cari makan di sini,” katanya. HM
“Kawtim’ baik punya dengan kawan Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Isu DLP: Malulah pada PM Singapura
- Guan Eng minta keuntungan 10 peratus – Zarul
- Kesan koyak uniform Azza Fahmi undang hiba
- Umno dah tak suka saya
- Kejap ada kejap takde
- ‘Lemon Law’ lindungi pembeli kenderaan
- Saya dianiaya – Bapa Zayn Rayyan
- Haji pada musim bunga, sejuk selama 16 tahun
- Selamba bawa 4 gadis dalam but kereta, pemandu disaman polis
- Ustaz Don jawab pengkritik ‘buku dan ulama kita kata sahih’ [VIDEO]
- Hamizan ditemui mati dalam kereta selepas hilang 2 minggu
- Dapat anak diusia 80 tahun (Video)
- Polis Filipina culik rakyat Malaysia, minta wang tebusan RM200,000
- Jantung Azlee Senario tersumbat 99 peratus, dibedah segera
- Menteri muncul tabur gula-gula?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)
Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]