Dosa ‘troll’ ayat al-Quran walaupun nak bergurau

Dosa ‘troll’ ayat al-Quran walaupun nak bergurau

TINDAKAN melakukan hasut maya menggunakan ayat al-Quran merupakan satu perbuatan dosa walaupun dilakukan atas tujuan hiburan.

AL-QURAN menjadi manual kehidupan umat Islam. Apa sahaja perkara berkaitan cara hidup, semuanya boleh dirujuk dalam kitab suci berkenaan.



Betapa tingginya martabat kalam ALLAH itu sehinggakan kita tidak boleh menyentuh mashaf tersebut tanpa wuduk.
Pun demikian, terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.

Hasut maya bermaksud perbuatan provokatif atau bersifat menyerang sebagai hantaran di media sosial hingga menyinggung perasaan atau membangkitkan kemarahan seseorang.

Ada yang sanggup mempersendakan kalamullah itu dengan menulis ayat al-Quran menggunakan bahasa Inggeris dan rumi demi meraih perhatian ramai.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, tindakan melakukan hasut maya menggunakan ayat al-Quran merupakan satu perbuatan dosa walaupun dilakukan atas tujuan hiburan.



Ini kerana ia dianggap sebagai menghina dan merendah-rendahkan kitab suci umat Islam.

Malah, ia tidak boleh dipandang enteng kerana berkemungkinan pelakunya boleh jatuh ke lembah kekufuran.

“Selaku pengguna media sosial, seharusnya kita menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak serta mempamerkan adab dan akhlak seorang Muslim kerana penggunaannya kini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.

“Trend-trend yang ‘tidak sihat’ seperti ini sewajarnya tidak diikuti kerana implikasinya kepada agama,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Irsyad Hukum Siri ke-848: Hukum Troll Menggunakan Ayat Al-Quran yang disiarkan di laman web pejabat mufti berkenaan baru-baru ini.



Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, para ulama bersepakat mengkafirkan golongan yang memperlekeh, meremeh dan menghina al-Quran dengan apa jua cara sekalipun mereka mengetahui tentang pengharaman tersebut.

Antara jenis penghinaan terhadap al-Quran itu termasuklah meremehkan kandungan di dalamnya atau mana-mana bahagian daripadanya, meletakkan mashaf pada tempat yang kotor, mendustakan hukum-hakam dan perkhabaran, menafikan perkara-perkara disabitkan dan mensabitkan perkara yang ternafi atau meragui mana-mana daripada kalam suci berkenaan.

“Menurut Ibnu Al-Arabi, setiap perkataan yang mempersendakan al-Quran sama ada dilakukan dengan tujuan bermain-main atau dalam keadaan bersungguh-sungguh, hukumnya seseorang itu tetap menjadi kufur.

“Apatah lagi jika gurauan itu berkait hal-hal kekufuran, maka ia tetap menjadi kafir tanpa perselisihan ulama,” katanya.



Seperkara lagi, perbuatan tersebut juga melanggar Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan apa-apa perkataan dan perbuatan yang mempersenda, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat al-Quran atau hadis boleh disabitkan sebagai suatu kesalahan.

“Hal itu tertakluk di bawah Seksyen 8, mempersendakan dan lain-lain ayat al-Quran atau hadis,” katanya.
Adab guna media sosial

Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut berkongsikan adab sebagai pengguna media sosial menurut Islam.

Berikut perinciannya:



1. Mengeluarkan kenyataan dan kata-kata yang baik.
Rasululullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muslim)

2. Tidak melakukan perkara sia-sia.

Sabda Baginda SAW: “Antara kebagusan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

3. Menjaga percakapan dan perbuatan daripada perkara yang boleh menyakiti dan menjatuhkan maruah umat Islam.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seseorang Muslim itu ialah mereka yang membuatkan Muslim yang lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan juga tangannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)



4. Tidak menyokong dan mengikuti trend yang tidak baik.

ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada ALLAH kerana sesungguhnya ALLAH MAHA BERAT AZAB SEKSA-NYA (bagi sesiapa yang melanggar perintah-NYA.” (Surah al-Maidah, ayat 2)

Justeru, berwaspadalah ketika menggunakan anggota badan kita daripada menuturkan atau melakukan perbuatan ‘troll’ yang boleh menjebakkan diri kita ke arah kebinasaan. Sinar

Dosa ‘troll’ ayat al-Quran walaupun nak bergurau

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker