KFC tidak masuk dalam senarai boikot – BDS Malaysia

KFC tidak masuk dalam senarai boikot – BDS Malaysia

Beberapa jenama rangkaian makanan segera telah disenarai hitam dan diboikot oleh sejumlah individu sebagai tanda solidariti kepada saudara di bumi Gaza. Namun, masih ada yang sembrono menuduh KFC menyalur sumbangan kepada Israel sehingga kini.

Terkini, Pengerusi Kumpulan Pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) cawangan Malaysia menyatakan bahawa KFC tidak pernah masuk dalam senari boikot BDS Malaysia.



Beliau menegaskan mereka tidak pernah sesekali membuat kempen terhadap rakyat Malaysia untuk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.

“Untuk makluman, KFC tidak pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia. Kami tidak pernah kempen rakyat Malaysia untuk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang,” kongsinya di IG.

Tambahnya lagi, McD dahulunya pun tidak termasuk dalam senarai namun terpaksa dimasukkan dalam senarai apabila cawangan di Israel memberi makan secara percuma kepada tentera Zionis Isreal.

Susulan itu, seluruh dunia marah kepada McD kerana tindakkan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.



Beliau turut meluahkan rasa lega kerana KFC tidak pernah berbuat sedemikian dan oleh itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.

Kata Nazari, bagaimanapun kini pelanggan hanya merungut dan enggan membeli KFC kerana harganya yang mahal dan bukannya kerana isu Palestin. Vc

KFC tidak masuk dalam senarai boikot – BDS Malaysia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)



Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker