Peng Soon-Yee See umum ‘pencen’ selepas tumpas pusingan pertama Masters Malaysia 2024

KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam arena badminton, beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Cheah Yee See mengucapkan selamat tinggal kepada ‘lubuk rezeki’ mereka selepas meraih pelbagai kejayaan di peringkat dalam dan luar negara.

Pengumuman itu hadir selepas Peng Soon dan Yee See tumpas 10-21, 6-21 kepada Cheng Xing-Li Qian dari China pada pusingan pertama Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Mengimbas karier bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Peng Soon berkata beliau pernah tidak mempunyai gaji selama enam bulan kerana dalam peringkat percubaan untuk diserap masuk badan induk itu ketika berusia 18 tahun.



Peng Soon, 36, malah pernah meragui sekiranya sukan badminton merupakan kerjaya sesuai untuk ‘mengabdikan’ dirinya pada masa hadapan.

“Dari (peringkat) negeri (Pulau Pinang) masuk BAM, enam bulan tiada gaji, namun saya tidak (menyesal sertai dunia badminton) kerana dapat lihat banyak budaya di luar negara … kepada pemain muda, jika mahu menjadi pemain kebangsaan dengan taraf dunia, perlu berusaha keras tiada jalan singkat,” katanya.

Ditanya sama ada kejayaan meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 bersama Goh Liu Ying merupakan detik terindah dalam hidupnya, Peng Soon bersyukur banyak pihak mula menyedari kewujudan kategori beregu campuran dalam dunia badminton.

Beliau bagaimanapun merasakan kategori berkenaan sehingga kini tidak dilihat sebagai acara sepenting kategori perseorangan ataupun beregu lelaki dan wanita.



Peng Soon berkata, beliau akan fokus kepada Akademi Badminton Chan Peng Soon (CPS) selepas ini, selain mempertimbangkan sekiranya mendapat tawaran menjadi jurulatih termasuk daripada BAM.

Sementara itu, Yee See, 29, berkata faktor umur bukan menjadi penyebab beliau menoktahkan perjuangan dalam dunia badminton, sebaliknya merasakan sudah sampai masa untuk mencari ‘nafas’ baharu

Kenangan terindah dalam hidupnya menurut Yee See, adalah semasa menjadi penyumbang mata pada Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

Peng Soon sebelum ini meninggalkan BAM pada 2019, meneruskan karier sebagai pemain beregu campuran profesional bersama pasangannya, Goh Liu Ying.



Mereka berjaya melayakkan diri untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik 2020, penampilan kali ketiga selepas kejayaan meraih pingat perak pada temasya di Brazil pada 2016, di samping kemunculan sulung pada 2012.

Namun, Peng Soon dan Liu Ying memutuskan untuk berpisah pada 2021 dan menyaksikan beliau bergandingan bersama Yee See pada 2022, dan pernah merangkul gelaran Masters Kuala Lumpur 2023.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker