‘Aloha Party’ di Negeri ditadbir PAS, ini kenyataan Ketua Polis Terengganu

Tiada sebarang permohonan permit diterima polis untuk menganjurkan parti di sebuah resort persendirian di Pulau Lang Tengah di Terengganu baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pihaknya juga tidak dimaklumkan mengenai penganjuran acara tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

“Melalui semakan, kita tidak mendapat sebarang makluman oleh pihak resort berkaitan aktiviti yang diadakan itu,” katanya.



Semalam, tular poster dan gambar menunjukkan wanita berpakaian seksi menghadiri parti liar dinamakan ‘Aloha Party’ didakwa diadakan di Pulau Lang Tengah yang dikritik warganet kerana tidak sesuai diadakan di Terengganu.

Susulan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Razali Idris berkata pihak resort berkenaan dipanggil memberi penjelasan esok berhubung perkara itu.

Katanya, pertemuan itu turut membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Razali meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa.



“Jika ada bukti ia menyalahi peraturan atau ada orang beragama Islam terlibat dalam parti itu, boleh salurkan kepada pejabat agama untuk siasatan lanjut.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker