Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin dirobohkan

Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin dirobohkan

Kerajaan negeri mungkin merobohkan Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini atas faktor keselamatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan polis membuat pertimbangan itu.



Beliau berkata, madrasah yang terletak di tanah persendirian berhampiran dengan kediaman suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lalu ditutup sepenuhnya pada 2001.

Katanya, sejak madrasah itu ditutup lebih 20 tahun lalu, pihak MAIJ tidak menerima sebarang permohonan untuk memperbaharui pendaftaran pusat itu.

“Semakan dibuat (Madrasah Luqmanul Hakim) tidak beroperasi sejak 2001 dan memang tiada permohonan untuk memperbaharui pendaftaran madrasah.

“Saya meminta Timbalan Pengarah Pengurusan MAIJ untuk membuat perbincangan dengan polis dan pasukan keselamatan untuk melihat keadaan bangunan tersebut.



“Hasil semakan, kita boleh mengisytiharkan bangunan itu tiada lagi kegiatan dan kebimbangan masyarakat yang mendakwa bangunan terbabit masih digunakan itu, saya boleh sahkan tidak lagi berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media kepada selepas menyantuni komuniti etnik Rohingya di kawasan Mukim Plentong, di sini petang semalam.

Jumaat lalu, dua anggota polis, Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi.

Suspek berusia 21 tahun itu turut maut dari serangan terhadap balai polis itu manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd. Hasif Roslan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) setelah alami kecederaan parah.



Keadaan Mohd Hasif kini kembali stabil dan telah dipindahkan dari wad unit rawatan rapi (ICU) kepada wad biasa.

Madrasah berkenaan terletak di tanah persendirian dan kediaman keluarga suspek yang berada dalam kawasan berpagar dan orang awam tidak dibenarkan masuk.

Madrasah itu difahamkan pernah menjadi ‘medan usrah’ ahli kumpulan pengganas sekitar 1996 dan 1997.

Dalam pada itu, Mohd, Fared berkata, sejak insiden serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram itu, beliau mendapat banyak aduan masyarakat setempat yang menyuarakan kebimbangan serta bertanyakan tindakan yang pihak berkuasa akan ambil terhadap premis madrasah itu.



Menurutnya, pihak kerajaan boleh mengambil tindakan sehingga ke tahap untuk merobohkan madrasah terbabit kerana ia membabitkan soal keselamatan serta kebimbangan masyarakat pusat itu digunakan oleh kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Ini membabitkan kebimbangan masyarakat, saya rasa pihak berkuasa akan lebih berautoriti untuk menentukannya, sekiranya perlu dirobohkan, saya kira kerajaan boleh mengambil tindakan ke tahap itu,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa terutamanya kepada Pejabat Tanah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh melihat kepada keperluan aspek kacau ganggu.

“Dan semua kacau ganggu yang berlaku, boleh menyebabkan kerajaan menggunakan kuasa-kuasa tertentu bagi maksud pemulihan kacau ganggu itu.



“(Tindakan merobohkan) Mungkin adalah solusi terakhir selepas semua semakan dapat kita selesaikan,” katanya.

Madrasah itu difahamkan menjadi lokasi berkumpul bekas pemimpin kanan Jemaah Islamiyah (JI), Nasir Abbas dan Noordin Mat Top iaitu ketua kumpulan serpihan radikal dikenali Tandzim Al-Qoidah Indonesia yang maut dalam operasi pasukan khas anti keganasan Indonesia Detasmen Khusus 88 di Kepuhsari, Solo, Jawa Tengah pada 17 September 2009.

Madrasah di tepi jalan terletak kira-kira 19 kilometer dari bandaraya Johor Bahru dan berhampiran rumah suspek yang menyerang balai polis berkeaaan. BH

Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin dirobohkan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Ternganga tengok Dolla menari

Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker