Semua menteri Kabinet letak jawatan kecuali PM
Seramai 26 menteri kabinet Sri Lanka meletak jawatan selepas rakyat mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan yang didakwa gagal menangani krisis ekonomi yang semakin meruncing.
Menurut Badan Penyiaran Britain hari ini, semua menteri Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kecuali Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa dan saudara lelakinya, Presiden Gotabaya Rajapaksa.
Perletakan jawatan menteri kabinet itu bagaimanapun tidak dapat memuaskan hati penunjuk perasaan yang mahu tindakan sama dilakukan oleh adik-beradik Rajapaksa.
Bermula semalam, ramai penduduk melanggar perintah berkurung dengan berhimpun di jalan raya di beberapa buah bandar utama di Sri Lanka.
Sri Lanka sedang bergelut dengan krisis ekonomi terburuk sejak negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 1948.
Krisis itu sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan rizab mata wang asing yang digunakan untuk membayar import bahan api.
Kemarahan orang ramai semakin sukar dibendung berikutan pemotongan bekalan elektrik selama setengah hari atau lebih lama, di samping kekurangan makanan, ubat dan bahan api seperti petrol serta diesel.
Menteri Pendidikan, Dinesh Gunawardena memberitahu pemberita bahawa barisan menteri kabinet telah menyerahkan surat perletakan jawatan mereka kepada Perdana Menteri.
Anak Perdana Menteri, Namal Rajapaksa ialah antara menteri yang meletak jawatan.
Perintah berkurung dan larangan ke atas laman sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter dilaksanakan untuk menghentikan demonstrasi selepas tunjuk perasaan di luar kediaman Presiden Sri Lanka pada Khamis minggu lalu bertukar ganas. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kadar tol 4 lebuh raya tak naik – Ismail
- Siapa dalam Umno mahu kerjasama dengan Bersatu – soal Zahid
- Resepi Apam Cornetto Menyelerakan
- Resepi Talapia Masak Pedas Thai, menu untuk berbuka puasa
- Pesawat Airbus A380 Berjaya Lengkapkan Penerbangan Percubaan Guna Minyak Masak
- Demi mahu jadi PM semula, Muhyiddin tebalkan muka jumpa Mahathir
- Jumpa kad ATM, berbelanja sakan
- Firdaus Wong pula buat laporan polis terhadap Loh
- Muhyiddin terdesak, mahu jadi PM lagi untuk kepentingan peribadi
- Melampau jantan berselawat pakai baju tidur wanita
- Chef Selebriti Khairul Aming Sudah Pulih Dari COVID-19, Kembali Kongsi Resepi Sempena Ramadan
- Bidan Maut Selepas Tertelan Gigi Palsu Ketika Makan Mi Sup Juadah Terakhirnya..
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS
You must be logged in to post a comment.