Helikopter bertembung: Tiga jenazah selesai bedah siasat
Helikopter bertembung: Tiga jenazah selesai bedah siasat
IPOH – Jenazah tiga daripada 10 mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam selesai dibedah siasat malam tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) itu membabitkan tiga mangsa wanita.
Proses bedah siasat tujuh mangsa lain pula disambung hari ini sebelum jenazah kesemua mereka dituntut waris untuk urusan pengkebumian.
Sementara itu, puluhan ahli keluarga mangsa mula berkumpul di Jabatan Forensik HRPB sejak pukul 7 pagi tadi.
Kehadiran mereka antara lain bagi menuntut jenazah yang akan dikebumikan mengikut istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Suasana di pekarangan Jabatan Forensik HRPB tenang dan terkawal di mana turut kelihatan beberapa kenderaan membawa pegawai tentera memasuki rumah mayat itu. K Online
Helikopter bertembung: Tiga jenazah selesai bedah siasat
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET