Lebih 280 mayat ditemukan dalam kubur besar di Khan Yunis
Kekejaman Israel semakin menjadi-jadi
Lebih 280 mayat ditemukan dalam kubur besar di Khan Yunis
BANDAR RAYA GAZA: Petugas kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat manusia dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Yunis, kata agensi pertahanan awam Gaza pada Isnin.
“Petugas pertahanan awam mengeluarkan 73 lagi mayat daripada kubur besar itu, menjadikan jumlah semua mayat kepada 283 sejak Sabtu,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan dikeluarkan agensi itu.
Menurut kenyataan itu, kru pertahanan awam masih lagi mencari mayat dalam kubur itu.
Sebuah kubur besar dijumpai di luar hospital itu pada Sabtu selepas tentera Israel berundur dari bandar itu pada 7 April, selepas melakukan serangan darat selama empat bulan.
Ismail al-Thawabteh daripada pejabat media Kerajaan Gaza berkata, 700 orang hilang sejak tentera Israel berundur dari bandar itu.
“Kami percaya terdapat beratus-ratus jasad masih hilang selepas dibunuh tentera Israel dan ditanam dalam satu kubur besar,” katanya kepada Anadolu.
Sekurang-kurangnya 34,151 warga Palestin maut dan 77,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, selain kemusnahan berskala besar dan kekurangan barang keperluan asas.
Serangan Israel telah mengakibatkan 85 peratus rakyat Gaza hilang tempat tinggal selain daripada kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, sementara 60 peratus daripada infrastruktur yang rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Satu perintah sementara pada Januari memerintahkan Tel Aviv untuk menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan disampaikan kepada orang awam di Gaza. BH
Lebih 280 mayat ditemukan dalam kubur besar di Khan Yunis
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.