Tak pernah rasa sakit macam ini – Ain Edruce

Ain Edruce keguguran

Tak pernah rasa sakit macam ini – Ain Edruce

PENGACARA dan pelakon, Ain Edruce, 33, berkongsi dirinya mengalami keguguran ketika hamil anak kedua.

Menerusi hantaran video di TikTok, Ain atau nama lengkapnya Nurulain Edruce, berkongsi detik bahagia ketika dia memberitahu berita kehamilannya itu kepada suami, Amirul Hafiz dan ahli keluarganya.



Namun, pengacara tersebut juga memaklumkan bahawa dirinya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikerjarkan ke hosiptal.

“Betul la orang cakap, sakit gugur lebih sakit dari bersalin.

“Waktu ni aku perdarahan ‘non stop’. Dari rumah sampai wad kecemasan. Tak pernah aku rasa sakit macam ni dalam hidup aku.

“Ubat tahan sakit paling kuat pun tak dapat nak ‘fight’ betapa sakitnya aku masa ni,” luahnya



Lebih menyayat hati apabila melihat video anaknya Soraya yang teruja untuk mendapat adik.

Namun, setelah diberitahu bahawa tiada lagi adik, Soraya turut menangis bersama Ain.

Malah, Ain memberitahu Soraya menyatakan kepadanya bahawa kelak Allah akan memberikan adik yang baru.

“Soraya paling gembira. Asyik cium perut aku je.



“Masa ni aku bagitahu Soraya ‘no more baby adik’, kami berdua menangis.

“Soraya cakap dekat aku ‘tak apa nanti Allah bagi adik baru’,” tulis Ain.

Menurutnya, sambutan raya Aidilfitri yang paling sukar untuk dilupakannya.

“Raya paling tidak boleh lupa,” katanya lagi.



Sekadar info, Ain telah sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang usahawan, Amirul Hafiz Mustaffa, pada Disember 2019 lalu.

Daripada hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun. Utv

Tak pernah rasa sakit macam ini – Ain Edruce

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker