Azizulhasni diiringi Nurul Izzah, Shah Firdaus ke Olimpik Paris


Azizulhasni diiringi Nurul Izzah, Shah Firdaus ke Olimpik Paris

Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati akan mengiringi Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Nurul Izzah, 20, secara tidak rasminya mengesahkan tiket ke Paris selepas menghasilkan keputusan positif pada perlumbaan pusingan ketiga Piala Negara-Negara UCI di Milton, Kanada yang berakhir awal pagi tadi.

Pelumba negara itu tewas di tangan Luz Daniela Gaxiola Gonzalez dari Mexico di pusingan pertama acara pecut individu pada Sabtu lalu tetapi bangkit untuk menamatkan saingan di tempat kelapan dalam acara keirin.



Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) Datuk Amarjit Singh Gill berkata Nurul Izzah, Azizulhasni dan Shah Firdaus secara tidak rasminya sudah melayakkan diri ke Olimpik Paris bagi acara pecut dan keirin.

“Bagaimanapun, senarai rasmi hanya akan dikeluarkan pada 22 April ini,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley, berkata Nurul Izzah menampilkan prestasi yang baik dalam perlumbaan di Milton.

“Izzah berlatih untuk acara keirin dan dia berlumba dengan menakjubkan. Pencapaiannya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dalam persaingan yang cukup kompetitif membuktikan potensi yang dimilikinya,” kata Beasley.



Beasley turut memberikan pengiktirafan kepada Siri Kejohanan Berbasikal Trek YSD (YSDTS) yang menyumbang kepada peningkatan prestasi ditunjukkan Nurul Izzah.

Katanya, pencapaian itu juga disebabkan sokongan padu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby, Dr Yatela Zainal Abidin sejak sedekad yang lalu.

“Kami perlu berterima kasih kepada siri perlumbaan YSDTS kerana di situlah dia mempelajari kemahiran perlumbaan.

“Saya juga berterima kasih kepada Yayasan Sime Darby di atas sokongan mereka yang luar biasa, tanpa perlumbaan trek ini kami tidak mampu membantu Izzah layak ke Olimpik.



“Sekarang kami perlu menjadikan perlumbaan tempatan ini ke tahap yang lebih tinggi dan kami sudah mempunyai rancangan untuk melakukannya, dan sekali lagi kami berterima kasih kepada YSD, Sport Excel dan Majlis Sukan Negara.

“Dr Yatela sudah menyokong kami selama kira-kira 10 tahun dan ini adalah penghargaan di atas sokongan dan kepercayaan Sime Darby dalam program kami, atlet muda kami semakin meningkat,” kata Beasley. BH

Azizulhasni diiringi Nurul Izzah, Shah Firdaus ke Olimpik Paris

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker