Anggota APMM ditembak disahkan buta

Anggota APMM ditembak disahkan buta

Tawau: “Saya hanya sempat menyebut ‘Allahuakbar’ sebelum menyedari mata terkena tembakan dan nampak darah keluar memancut,” kata Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45.

Dia cedera di mata kiri selepas terbabit dengan insiden tembak menembak dengan perompak laut kira-kira 0.2 batu nautika Timur Laut, Perairan Kampung Pangi, Kunak, semalam.



Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, seorang lagi kru bot, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua belah tangan ketika sedang membalas tembakan dengan penjenayah terbabit manakala empat lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menceritakan detik cemas itu, Zainal berkata beliau bersama pasukan sedang menjalankan Ops Khas Pagar Laut di kawasan terbabit sebelum terserempak dengan bot dinaiki tiga suspek terbabit.

“Ketika cuba merapat, secara tiba-tiba juragan bot mengacukan pistol tepat di muka sebelum melepaskan dua das tembakan.

“Kejadian berlaku sangat pantas. Bagaimanapun saya sempat mengelak satu daripada tembakan itu dengan palingkan muka (swing) namun tembakan kedua mengenai mata kiri,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.



Bercerita lanjut, beliau yang berasal dari Negeri Sembilan dan sudah berkhidmat bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selama 19 tahun itu menyifatkan insiden berkenaan sebagai pengorbanan paling bermakna ketika bertugas menjaga keselamatan negara.

“Kejadian ini sama sekali tidak akan melemahkan semangat saya untuk terus menabur bakti dan jika keadaan mengizinkan akan kembali bertugas seperti biasa,” katanya yang redha apabila disahkan bakal mengalami kecacatan penglihatan kekal (buta).

Terdahulu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Hamid Mohd Amin pada sidang media selepas melawat mangsa di Hospital Tawau di sini, memaklumkan prosedur pembedahan bagi mengeluarkan peluru pada mata sebelah kiri berjaya dijalankan selepas mengambil masa selama dua jam.

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil walaupun mata kiri mangsa tidak dapat diselamatkan apabila peluru terkena pada saraf dan dijangka dibenarkan keluar wad kira-kira seminggu lagi, selepas pemantauan rapi di hospital Tawau.



Tambahnya, kebajikan mangsa termasuk bantuan dan pampasan sewajarnya akan diberi keutamaan. HM

Anggota APMM ditembak disahkan buta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker