Influencer fitnah peniaga, penganjur Bazar Ramadan buat laporan polis

Penganjur Bazar Taman Suria di sini membuat laporan polis terhadap seorang pempengaruh kerana membuat video yang mendakwa harga makanan terlalu mahal di bazar berkenaan.

Jurucakapnya berkata, tindakan pempengaruh tersebut memuat naik video dalam TikTok dengan dakwaan harga makanan di bazar itu terlalu mahal adalah tidak bertanggungjawab dan menjejaskan perniagaan.

“Pihak kami mendapat tahu mengenai video ini pada 25 Mac lalu. Pempengaruh ini mendakwa burger dijual dengan harga RM30 manakala roti John RM40 serta plastik dikenakan caj 50 sen.

“Kesan daripada apa yang dia lakukan menyebabkan reputasi peniaga di bazar Ramadan ini terjejas selain menerima kecaman daripada netizen sehingga menimbulkan kemarahan peniaga,” katanya pada Jumaat.

Dia berkata, selepas video berkenaan tersebar pihak berkuasa segera menjalankan pemeriksaan di bazar tersebut.

“Kami difahamkan pemantauan dijalankan mendapati dakwaan harga mahal tidak wujud. Namun saya mendapati video dimuat naik pempengaruh ini masih tersebar.

Pemantauan dijalankan mendapati dakwaan harga makanan mahal tidak wujud.
Pemantauan dijalankan mendapati dakwaan harga makanan mahal tidak wujud.

 

“Tujuan saya membuat laporan polis adalah menafikan maklumat disebarkan pempengaruh berkenaan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Larkin di sini pada Khamis.

Pada Selasa tular dalam Tik Tok, beberapa pengguna mendakwa harga makanan di bazar itu mahal dan ‘cekik darah’ contohnya burger RM30, roti John RM40 dan ikan bakar sebesar tapak tangan RM40 selain beg plastik dikenakan caj 50 sen.

Mereka yang berkongsi pengalaman membeli di bazar itu mendakwa harga makanan menjadi mahal kerana peniaga menyasarkan pelanggan dari Singapura dan bukan pelanggan tempatan.

Susulan itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor membuat pemeriksaan dan mendapati tiada peniaga menjual makanan pada harga melampau termasuk burger dan roti John seperti yang didakwa.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, perkara tersebut disahkan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan menerusi Ops Samar di bazar tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker