Enam ketul tulang sah milik Bella – Kakak

BATU PAHAT: Enam ketul tulang yang ditemui berhampiran rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, dua bulan lalu, sah milik Bella atau Mila Sharmila Samsusah.

Perkara itu disahkan kakak Bella, Norhisham, 36, selepas keluarganya menerima laporan forensik daripada Hospital Sultan Ismail (HSI) malam tadi.

Tulang itu ditemui pemandu jengkaut berhampiran lokasi penemuan rangka Bella yang mati dibunuh teman lelakinya pada jam 11.30 pagi, 28 Februari lalu.



Norhisham berkata, keputusan mengenai tulang ditemui itu sudah diperoleh dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella.

“Alhamdulillah syukur. Hari ni (Jumaat) saya dimaklumkan keputusan ujian forensik mengenai tulang memang milik arwah adik saya.

“Sekali lagi perasaan kami bercampur aduk, sebak, sedih, kecewa dan marah semua ada. Bila agaknya luka di hati kami akan pulih,” katanya ketika dihubungi.

Dia akan membuat tuntutan tulang terbabit di HSI hari ini dan akan dikebumikan di pusara Bella di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, di sini.



“Di bulan yang penuh keberkatan ini, saya memohon jasa baik semua pihak mendoakan arwah.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan menerima amalan serta mengangkat darjatnya di sisi Allah,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga berharap tulang kaki dan tulang belakang yang hilang dijumpai secepat mungkin.

“Satukanlah anggota arwah dan lengkapkan seperti mana yang lain dan saya juga sentiasa mendoakan supaya keadilan untuk arwah Bella dapat ditegakkan.



“Sesungguhnya kami semua sangat rindukan Bella…. rindu yang paling dalam dan tiada penghujungnya.” katanya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember tahun lalu, sebelum rangka miliknya tidak sempurna ditemui di rumah sewa terbiar selepas 36 hari kehilangannya.

Ibu tunggal dua anak itu dipercayai dibunuh teman lelakinya, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang kini sedang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Wanita itu dibunuh sebelum mayatnya dibuang di rumah sewa terbiar terbabit.



Ketika ditemui, terdapat beberapa anggota hilang antaranya tangan, kaki dan juga keting.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker