Kes liwat remaja: Pemimpin Pemuda UMNO Johor ‘berkenaan’ akan digantung

Pemimpin Pemuda Umno di Johor yang disiasat kerana didakwa terlibat meliwat kini berdepan dengan tindakan tegas daripada parti.

Ketua Pemuda Umno Malaysia Ahmal Saleh berkata buat masa ini kes berkenaan dirujuk ke lembaga disiplin untuk diteliti, selain dibawa ke mesyuarat pengurusan parti.

Kata Akmal, dia sendiri mencadangkan agar tindakan keran dikenakan ke atas individu terbabit.

“Mungkin kita gantung dahulu (jawatan) sementara menunggu dan pendakwaan dan pembelaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Majlis Kerja Tertinggi Umno, di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, polis Johor mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar di Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Abdul Razak Abdullah Sani dilaporkan berkata, susulan itu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Kata Akmal Umno memang tidak akan berkompromi dengan mana-mana ahlinya yang terlibat dalam sebarang salah laku.

Pada masa sama, Akmal yang juga exco Melaka berkata, setiap ahli Umno juga berhak untuk membela diri terlebih dahulu sebelum dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

“Jika benar dan terbukti bersalah, maka kami minta tindakan yang sangat keras sebab kita tidak berkompromi dalam isu jenayah… kita tidak pernah berkompromi,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker