Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
Kebiasaannya jika kita solat tarawih di masjid atau surau, imam pasti akan membaca pelbagai surah selepas surah al-Fatihah dalam setiap rakaat solat. Malah ada juga yang membaca surah panjang dan bukannya surah-surah lazim. Jika solat bersama imam, tidak ada masalah jika tidak membaca surah.
Akan tetapi jika solat secara sendirian di rumah adakah surah-surah ini wajib dibaca, dan bagaimana jika tidak membaca surah, tetapi hanya membaca al-Fatihah sahaja pada setiap rakaat, adakah sah solatnya?
Dalam menjawab persoalan ini perlu diketahui bahawa hukum membaca surah selepas al-Fatihah adalah sunat haiat dan bukan wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Dari Abu Hurairah r.a. sabda Baginda s.a.w.
“Sesiapa yang membaca Ummul Kitab (surah al-Fatihah) maka mencukupi Ummul Kitab itu baginya (sebagai bacaan al-Quran yang diwajibkan di dalam solat). Dan sesiapa yang menambah (dengan membaca ayat atau surah lain) maka ia adalah paling baik” (HR Muslim)
Berdasarkan dari hadis ini jelas bahawa solat tetap sah sekalipun hanya membaca surah al-Fatihah dalam setiap rakaat solat, waima jika tarawih sebanyak 20 rakaat beserta dengan witir 3 rakaat sekalipun. Akan tetapi jika dia menambah dengan bacaan surah maka itu lebih baik kerana bertambah juga ganjaran pahalanya.
Bukankah dalam hadis Baginda s.a.w. ada menyebutkan bahawa,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya satu kebaikan (pahala). Dan satu kebaikan itu dilipat gandakan menjadi sepuluh kebaikan semisalnya. “Tidaklah aku mengatakan, Alif, Lam, Mim itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim itu satu huruf” (HR Tirmizi)
Al-Khatib al-Syarbini menyebut bahawa membaca surah selepas bacaan al-Fatihah adalah sunat walaupun pendek.
Disunatkan membaca surah pada dua rakaat yang awal sama ada solat secara jahriyah (Maghrib, Isyak & Subuh) atau sirriyah (Zohor dan Asar). Adapun ketika solat berjamaah, makmum tidak disunatkan membaca surah bahkan digalakkan untuk mendengar sahaja bacaan surah yang dibaca oleh imam.
Dari Abi Qatadah menceritakan, “Nabi membaca pada dua rakaat yang awal (rakaat pertama dan kedua) di dalam solat Zohor dan Asar, al-Fatihah dan satu surah yang lain. Kadang-kadang Baginda memperdengarkan kepada kami bacaan ayatnya. Pada dua rakaat yang akhir (rakaat ketiga dan empat) Baginda hanya membaca al-Fatihah sahaja” (HR Muslim)
Hukum Membaca al-Fatihah di dalam hati
Adapun bacaan al-Fatihah ketika solat termasuk dalam rukun Qauli (ucapan/perkataan) yang mana jika ditinggalkan maka tidak sah solatnya. Dan hendaklah bacaan al-Fatihah dibaca dengan lisan iaitu dituturkan melalui lidah bukannya di dalam hati sahaja.
Al-Imam Syafie Rahimahullah mengatakan,
“Tidak sah bagi seorang lelaki mengangkat takbiratul ihram untuk solat melalui hatinya, dan tidak sah pula dia membaca (al-Fatihah) melalui hatinya sehinggalah dia menggerakkan lidahnya”
Justeru itu jika membaca surah al-Fatihah di dalam solat pastikan dibaca dengan jelas melalui lidah sebatas pendengaran kita dan janganlah pula ke tahap mengganggu makmum di sebelah. Jika dia membaca hanya di dalam hati tanpa buka mulut dan menggerakkan lidah maka solatnya tidak sah. Utv
Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
Baca Artikel Menarik:
- Kenyataan Marissa cetus tanda tanya
- Dah kenapa saya nak tangkap Ruhainies, soal Bella
- Anwar bertatu namun penuh insaf, tunai umrah di bulan Ramadhan
- Terlalu banyak kesakitan yang dilakukan terhadap orang Islam – Liyana Jasmay
- Demam nak raya sampai pasang lampu raya dekat kereta (Video)
- Zarina muhasabah diri digam stesen TV
- Belum cerai, ibu Aliff Aziz sudah ‘unfollow’ IG Bella
- Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan, masjid buat laporan polis
- Isu Marissa Kahwin lari, Norman Hakim tegur Abby Abadi kerana kongsi aib keluarga
- Ahli keluarga Ayah Pin kembali berkumpul, polis pantau rapat usaha hidupkan ‘Kerajaan Langit’
- Zahid dakwa MN runtuh kerana sikap hipokrit PAS, Fadhli Shaari sentap
- Wanita beri donat juadah berbuka kepada jiran sebelum kelar bayi hingga mati
- Boikot restoren atau gerai yang caj RM2 pengunjung tak pesan minuman
- Wan Saiful buat hal lagi
- Stoking kalimah Allah, KK Mart melampau, ‘mohon maaf semudah itu sahaja’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023
You must be logged in to post a comment.