Intan Najuwa Terima Hadiah Al-Quran Daripada Zul Ariffin

Intan Najuwa Terima Hadiah Al-Quran Daripada Zul Ariffin

Sempena hari kelahiran yang ke-24, khabarnya pelakon Intan Najuwa ada menerima hadiah istimewa daripada pelakon Zul Ariffin.

Difahamkan, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu telah menerima senaskah Al-Quran daripada seorang individu dengan singkatan nama Z.A yang merujuk kepada pelakon lelaki itu.



“Selamat hari jadi ke-24. Barakallah.” tulis individu tersebut.

Meskipun tidak berkongsi secara terperinci mengenai individu tersebut, peminat telah mengandaikan Z.A itu merupakan singkatan nama bagi Zul Ariffin dan tanda tangan yang tertera pada ucapan itu mirip aktor itu.

Dalam pada itu, Zul yang dihubungi sebuah media mengakui bahawa dia ada memberi hadiah Al-Quran tersebut kepada Intan Najuwa.



Ya, memang saya bagi. Tapi sebagai hadiah daripada seorang kawan, itu sahaja. Kalau boleh, tak perlulah perbesar-besarkan hal ini. Itu cuma senaskah Al-Quran.

Terdahulu, nama Zul Ariffin pernah dikaitkan sebagai orang ketiga yang menyebabkan hubungan Intan Najuwa bersama bekas tunangnya, Razrul putus di tengah jalan.

Namun, Zul menepis dakwaan tersebut dan menafikan bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Intan Najuwa. Bn

Intan Najuwa Terima Hadiah Al-Quran Daripada Zul Ariffin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker