Roda pesawat Boeing 777 tercabut sejurus berlepas

Roda pesawat Boeing 777 tercabut sejurus berlepas

LOS ANGELES: Sebuah jet Boeing 777 yang dalam penerbangan ke Jepun dengan membawa lebih 200 penumpang, semalam, terpaksa membuat pendaratan cemas sejurus berlepas apabila sebuah rodanya tercabut lalu terjatuh ke kawasan parkir di sebuah lapangan terbang.

Rakaman video yang dikongsikan dalam talian, menunjukkan roda berkenaan tertanggal beberapa saat selepas pesawat United Airlines itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.



Roda terbabit kemudian melantun ke kawasan parkir yang digunakan kakitangan lapangan terbang itu, menurut laporan KRON4, dengan pegawai lapangan terbang berkenaan dipetik memaklumkan bahawa beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat insiden itu.

Sementara itu, United Airlines berkata, terdapat seramai 249 orang berada di dalam jet berkenaan yang menuju ke Osaka.

Menurutnya, penerbangan itu dilencongkan ke Los Angeles dan berjaya mendarat dengan selamat, manakala penumpang terbabit dijangka meneruskan perjalanan pada hari sama.

Syarikat penerbangan itu berkata, pesawat Boeing 777 mempunyai enam roda pada setiap sangga pendaratan utamanya, dan ia direka untuk mendarat dengan selamat jika terdapat suatu yang hilang atau rosak.



Boeing dilaporkan berdepan siri isu kawalan kualiti, dengan terbaru membabitkan insiden pada Januari lalu di mana sebuah panel bersaiz pintu pada Boeing 737 Max 9 tercabut selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di Portland, Oregon.

Tiada individu dilaporkan cedera serius dalam insiden berkenaan yang mencetuskan tindakan penggantungan selama 19 hari ke atas semua pesawat Boeing 737 Max 9.

Minggu lalu, pihak pengawal selia Amerika Syarikat (AS) memberi tempoh 90 hari kepada Boeing untuk mengemukakan pelan menangani isu kawalan kualiti. BH

Roda pesawat Boeing 777 tercabut sejurus berlepas



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker