Kod ‘salam’ dalam perbicaraan Isa Samad

Tiada bukti kod 'salam' Isa Samad ada kaitan wang rasuah - Hakim

Kod ‘salam’ dalam perbicaraan Isa Samad

Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, memutuskan tiada bukti menunjukkan kod ‘salam’ yang disampaikan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, kepada bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip, adalah berkaitan wang rasuah.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah, sebelum melepas dan membebaskan Mohd Isa atas sembilan pertuduhan rasuah.



Vazeer Alam berkata, tiada bukti menunjukkan wujud persefahaman sedemikian antara Mohd Isa selaku perayu dengan Muhammad Zahid untuk menggunakan kod berkenaan.

“Muhammad Zahid menyatakan perayu memberi ‘salam’ sebelum setiap transaksi wang. Beliau (Muhammad Zahid) kemudian bersetuju bahawa perayu tidak memberikan ‘salam’ sebagai isyarat sebelum setiap transaksi. Beliau kemudian menyatakan penyampaian ‘salam’ adalah satu kod, namun tidak dimasukkan dalam kenyataan saksinya.

“Kami berpendapat wujud percanggahan dalam jawapan diberikan Muhammad Zahid berhubung isu penyampaian ‘salam’ daripada Mohd Isa sebagai isyarat.

“Ia untuk menuntut bayaran daripada (bekas) Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel, yang tidak dinilai dengan betul oleh hakim bicara (Mahkamah Tinggi sebelum ini),” katanya.



Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak, oleh FELDA.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA di Persiaran KLCC antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak.



Vazeer Alam berkata, Mahkamah Tinggi sepatutnya menilai jawapan Muhammad Zahid ketika pemeriksaan balas kerana ia sangat penting bagi penelitian kredibiliti, konsistensi dan ketepatan keterangannya.

Beliau berkata, lebih-lebih lagi apabila Muhammad Zahid menyatakan jumlah dipersetujui untuk dibayar oleh Ikhwan ialah RM3 juta, namun jumlah yang dinyatakan dalam sembilan pertuduhan dikira lebih daripada itu.

“Tiada penjelasan munasabah diberikan oleh Muhammad Zahid berkaitan percanggahan ini.

“Kami mendapati bahawa keputusan hakim bicara bahawa ada tuntutan bayaran dibuat oleh perayu melalui Muhammad Zahid, dan Ikhwan membuat sembilan pembayaran melalui Muhammad Zahid kepada Mohd Isa, tidak disokong oleh bukti yang boleh dipercayai.



Bukti menunjukkan bahawa Ikhwan membuat sembilan bayaran kepada Muhammad Zahid tetapi selain keterangan lisannya, tiada bukti lain menunjukkan perayu menerima bayaran daripada Ikhwan,” katanya. BH

Kod ‘salam’ dalam perbicaraan Isa Samad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’



Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker